Deko & Hias

Ini 9 Idea Pilihan Warna Sejuk Untuk Bilik Tidur, Barulah Lena & Tenang Mata Memandang!

3
SHARES
warna cat dinding

Kalau anda dan pasangan menyukai warna cat sejuk tetapi rungsing tak tahu nak pilih yang mana untuk mengecat ruang bilik anda, artikel ini amat membantu!

Terdapat banyak pilihan warna cat sejuk yang boleh anda lihat di bawah ini. Antaranya ialah warna cat oren, ungu dan biru yang mempunyai ton sejuk bersesuaian untuk bilik anda. Mari ikuti perincian di bawah yang dirujuk dari portal Kelab Mama.

Baca juga: Ini 9 Cara Halau AGAS Jimat Bajet, Badan Pun Tak Menggaru Gatal & Merah Lagi!

WARNA CAT SEJUK UNTUK BILIK MAMA & PAPA

warna cat dinding

Gambar: mdjaff

1. Taupe

Taupe merupakan warna cat yang berkontemporarikan dalam warna yang neutral. Di mana, ia digabungkan dengan warna kelabu, coklat dan putih.

Gabungan ini akan memperlihatkan ruang bilik nampak luas dan aura yang mendamaikan.

2. Natural beige

Natural beige merupakan gabungan warna coklat dan krem yang mempunyai karakter lembut dan akan membuatkan ruang bilik anda terasa nyaman dan hangat.

Bahkan, warna ini juga terlihat mewah yang ditambah bersama hiasan bilik yang senada warnanya dengan cat dinding. Kalau nak nampak elegan, boleh pilih dekorasi berunsurkan kayuan.

3. Soft grey

Soft grey merupakan tona warna sejuk yang digilai. Di mana, ruang bilik akan kelihatan lebih moden dengan tambahan kusyen atau selimut berlainan warna.

Boleh letak tumbuhan hijau dalam ruang tersebut untuk menjadikan ia lebih segar dan dingin.

4. Biru laut

Ini merupakan kombinasi warna biru dan putih yang menimbulkan suasana nyaman seperti berada di pantai atau laut. Cat biru laut juga kelihatan cantik dan tidak menyakitkan mata sekiranya anda ingin tidur pada siang hari.

5. Trendy turquoise

Trendy turquoise merupakan salah satu warna bertona lembut yang akan memberi suasana tenang dan ceria di dalam bilik.

Baca juga:  5 Tips Berkesan & Murah Buang Cacing Bilik Air, Tak Takut & Rasa Geli Dah!

6. Pastel purple

warna cat dinding

Gambar: KelabMama

Bilik yang dicat dengan warna pastel purple, sudah pasti akan memberikan suasana tenang pada pemiliknya. Malahan, ia juga dapat meredupkan suasana bilik tidur anda dengan dihiasi perabot warna putih.

7. Dusty pink

Baik lelaki mahupun wanita, warna dusty pink amat sesuai digunakan sebagai cat bilik anda. Hal ini kerana, ia menenangkan jiwa dan minda.

Bahkan, warnanya yang sedikit gelap akan memberikan kenyamanan ketika anda tidur. Disebabkan itu, ia berada dalam kategori warna pastel.

8. Pale orange

Kalau nak tahu, warna oren dikaitkan dengan tenaga fizikal dan kekuatan emosi. Jadi, untuk cat dinding sebolehnya gunakan warna oren ini yang seakan warna buah pic atau warna aprikot.

9. Tranquil white

Sekiranya, anda ingin bilik tidur yang kecil kelihatan besar dan luas, warna tranquil white adalah pilihan yang sesuai. Ia juag boleh mencipta ruang yang menenangkan fikiran anda yang penat seharian bekerja.

Baca juga: 7 Jenis Tumbuhan Pagar HIASAN Rumah Untuk Nampak Lebih Eksklusif & Privasi

Sumber: Kelab Mama

FT Image: rawpixel.com / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×