Deko & Hias

Ini 9 Cara Halau AGAS Jimat Bajet, Badan Pun Tak Menggaru Gatal & Merah Lagi!

2
SHARES
cara menghalau agas

Tak pelik sekiranya badan anda rasa kegatalan dan kemerahan disebabkan oleh agas (gnat) kerana ia sememangnya tertarik dengan rembesan karbon dioksida yang dikeluarkan tubuh manusia. Macam mana nak basmi agas?  Berikut merupakan sembilan cara menghalau agas yang boleh anda cuba lakukan di rumah, selain ada kaedah yang mesra poket juga. Ini senarainya!

Baca juga: 5 Tips Berkesan & Murah Buang Cacing Bilik Air, Tak Takut & Rasa Geli Dah!

CARA MENGHALAU AGAS

cara menghalau agas

Gambar: jcomp

Sebelum itu, terdapat info menarik yang dikongsikan Kelab Mama untuk perhatian pembaca SirapLimau.

Kalau anda nak tahu, agas gemar tinggal di kawasan yang lembab dan berpasir. Selain itu, ia merupakan spesis serangga seakan nyamuk dan sering dijumpai di kawasan pantai dan hutan paya bakau.

Oleh itu, berikut merupakan sembilan cara menghalau agas:

1. Menanam tanaman anti agas

Tahukah anda, tanaman seperti pokok tahi ayam (Marigold), Geranium dan Lavender merupakan antaran tumbuhan yang disarankan untuk menghalau agas. Malah, tumbuhan-tumbuhan menarik ini boleh mencantikkan lagi halaman kawasan rumah anda.

2. Menggunakan bahan-bahan dapur

Terdapat banyak bahan di dapur yang boleh digunakan sebagai cara menghalau agas. Anda memerlukan:

  • Cuka epal/ cuka warna putih – dua sudu
  • Gula – satu sudu
  • Sedikit cecair pencuci pinggan
  • Air – 120 ml
  1. Kemudian, campurkan semua bahan tersebut.
  2. letakkan di dalam bekas kosong.
  3. Biarkan semalaman di kawasan tumpuan agas.

3. Menanam semula tanaman pasu yang sedia ada

Mungkin anda boleh menanam semula tanaman-tanaman pasu di rumah di dalam bekas yang bersih untuk menghalau agas. Selain itu, anda boleh menggunakan tanah baru yang belum dicemari oleh telur-telur agas.

Baca juga: Cara Paling Mudah Rumah ‘Bersih’ Dari NYAMUK, Tanam 7 Tumbuhan Pengusir Ini!

4. Biarkan tumbuhan kering sedikit

Mungkin anda rasa sayang untuk membiarkan tanaman anda kekeringan. Namun, kalau anda nak tahu habitat agas ialah di kawasan lembab dan berair seperti di dalam pasu bunga.

Jadi, terpaksa lah sekali-sekala mengorbankan pokok bunga agar menjadi sedikit kering supaya telur agas dan larvanya mati.

5. Kertas pelekat

Anda juga boleh cuba menggunakan kertas pelekat yang berwarna terang untuk menghalau agas. Caranya adalah:

  1. Letakkan kertas pelekat di pasu bunga dalam posisi menegak.
  2. Gam yang terdapat pada kertas pelekat menghalang agas dari melarikan diri lagi.

6. Semburan serangga

Semburan serangga merupakan kaedah yang sering digunakan untuk mencegah tanaman daripada kerosakan serangga. Gunakan penyembur serangga yang diformulasikan khas untuk kegunaan dalam rumah.

Baca juga: 7 Jenis Tumbuhan Pagar HIASAN Rumah Untuk Nampak Lebih Eksklusif & Privasi

7. Perangkap buah

cara menghalau agas

Gambar: HelloSehat

Mari cuba kaedah menarik ini untuk menghalau agas seperti berikut:

  1. Letakkan buah dalam satu bekas tertutup.
  2. Kemudian, tebuk beberapa lubang kecil pada balutan bekas.

Agas akan terhidu bau buah-buahan dari dalam bekas dan terperangkap di dalamnya sebaik sahaja memasuki perangkap buah.

8. Bersihkan longkan atau saliran

  1. Campurkan setengah cawan peluntur dengan 4 liter air.
  2. Tuangkan ke dalam longkang dan saliran paip di rumah.
  3. Selepas itu, bilas dengan air panas dalam kuantiti yang banyak.

9. Khidmat pakar

Sekiranya kaedah-kaedah di atas masih tidak dapat mengatasi masalah agas, anda boleh mendapatkan nasihat orang profesional dalam bidang ini. Biarpun, memakan kos tetapi ia lebih baik demi kesejahteraan hidup anda.

Baca juga: Patutlah Kelekatu Suka Hurung Lampu Rumah, Rupanya Sebab Guna Mentol Warna INI!

Sumber: Kelab Mama

FT Image: zakon / halodoc

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×