Deko & Hias

7 Jenis Tumbuhan Pagar HIASAN Rumah Untuk Nampak Lebih Eksklusif & Privasi

9
SHARES
pagar hiasan

Pagar adalah salah satu komponen wajib ada bagi memastikan keselamatan dan privasi kawasan rumah tidak boleh dimasuki orang sembarangan. Oleh itu, sekiranya anda mahu memberikan nafas yang berbeza pada rumah, kenapa tidak cuba memiliki pagar hiasan tumbuhan hidup?

Selain memastikan keselamatan dan privasi, pagar hiasan tumbuhan ini akan menambah keindahan rumah anda dan juga menjadi kawasan hijau. Mari lihat senarai pagar hiasan tumbuhan hidup di bawah.

Baca juga: Patutlah Kelekatu Suka Hurung Lampu Rumah, Rupanya Sebab Guna Mentol Warna INI!

PAGAR HIASAN TUMBUHAN HIDUP RUMAH

pagar hiasan tumbuhan hidup

Gambar: Yarygin – Pinterest

1. Boxwood

Boxwood adalah salah satu tanaman pagar yang sangat popular kerana mempunyai beberapa kelebihan.

  • Boleh tumbuh subur dan padat dengan ketinggian sehingga enam meter
  • Rupanya sangat mudah dibentuk seperti bulatan atau segi empat

Tanaman tanpa bunga ini akan menjadikan rumah kelihatan hijau dan indah sepanjang tahun! Jika anda mempunyai taman yang cukup luas, boleh lah buat labirin mini dengan tanaman ini.

2. Pohon Cemara Kipas

pagar hiasan tumbuhan hidup

Gambar: ydhvn.com

Pohon cemara kipas (Thuja Orientalis) tumbuh tegak dan tinggi ini sering dilihat sebagai pagar rumah di negara Eropah. Selain menjaga keselamatan, ia juga memberikan privasi rumah yang boleh mencapai sehingga empat meter tinggi.

Selain sebagai pagar, pokok ini mempunyai kelebihan lain iaitu untuk merawat batuk, demam hingga cirit-birit.

3. Bougenville

Bougenville juga dikenali sebagai bunga kertas kerana bunganya mempunyai kelopak yang sangat nipis, hampir menyerupai daunnya sendiri. Walaupun begitu, bunga Bougenville dijamin akan menghiasi rumah anda dengan warna-warna indahnya seperti merah jambu, ungu, putih hingga emas.

Anda boleh gunakan tanaman ini sebagai tanaman pagar yang praktikal yang boleh tumbuh dengan baik di iklim tropika dan tidak memerlukan penjagaan khusus.

4. Bunga Jejarum

pagar hiasan tumbuhan hidup

Gambar: Wikipedia

Bunga jejarum atau pecah periuk boleh tumbuh menyerupai tumbuhan semak setinggi 120 meter. Selain itu, ia mempunyai bunga berwarna merah terang yang mampu mencantikkan lagi rumah anda dengan warnanya.

Bagi penjagaannya, bunga jejarum memerlukan intensiti cahaya dan pengairan yang mencukupi. Air yang digunakan untuk menyiramnya juga tidak boleh mengandungi kapur. Nampak rumit, tapi sebenarnya penanaman tanaman ini agak mudah.

Baca juga: Cara Mudah Hilang Kesan Kotoran Pada Sofa, Guna Penutup Periuk Je. Hilang Macam MAGIK!

5. Lidah ibu mertua

pagar hiasan tumbuhan hidup

Gambar: Google

Pokok lidah mertua atau snake plant ini istimewa kerana ia mampu menyaring bahan-bahan berbahaya dari udara seperti karbon dioksida, benzena, formaldehida, dan trichlorethylene. Dengan kata lain, mempunyai tanaman ini di rumah pasti akan menjadikan udara lebih bersih dan segar.

Selain sebagai tanaman hias, lidah ibu mertua boleh digunakan sebagai tanaman pagar yang mempunyai daun tegak yang mampu tumbuh sehingga 75 cm.

6. American Holly

pagar hiasan tumbuhan hidup

Gambar: arbordayblog

American Holly atau Ilex opaca mempunyai daun hijau tebal seperti pokok cemara. Ia boleh tumbuh sehingga 20 meter dengan ketinggian itu yang pasti akan menjadi tanaman pagar yang baik.

7. Buluh Kuning

pagar hiasan tumbuhan hidup

Gambar: kilimonews

Batang buluh kuning yang berwarna kuning dan daun berwarna hijau, pasti akan menjadikan rumah anda lebih cantik. Mengapa tidak cuba menanam buluh kuning sebagai pagar tanaman hidup? Lebih-lebih lagi, tanaman ini mampu tumbuh tinggi dan rapat untuk memberikan privasi kepada rumah.

Baca juga: 11 Tips Tanam Buah Tembikai, Nak Tumbuh Sihat & Isinya Manis Kena Ikut Langkah Ini!

Sumber: PopMama

FT Image: romakoma-shutterstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×