Deko & Hias

Cara Tanam Ubi Keledek Jepun, Dalam Tempoh 2 Minggu Dah Naik Tunas!

2
SHARES

Tumbuhan ubi keledek memiliki pelbagai jenis warna isinya seperti jingga, kuning, kemerahan, ungu atau perang. Kebiasaannya, isi berwarna kemerahan atau kejinggaan mempunyai rasa lebih manis berbanding jenis yang berwarna keputihan atau kekuningan.

Sekiranya, anda menggemari ubi keledek sebagai snek petang maka, alangkah moleknya jika anda tanamnya sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan sebidang tanah pun. Hanya perlu ikut tips yang dikongsikan oleh saudara Cikwan Redzuan Jelani di bawah.

Baca juga: DIY Semburan Kawalan Serangga Pokok Cili, Guna 2 Bahan Ini Halang Bena Putih!

HANYA DALAM TEMPOH 2 MINGGU TUNASNYA DAH KELUAR…


Keledek Jepun. Jenis keledek yang paling mahal dekat e.save. Rebus makan macam itu je sedap betul!

Yang ini baru sebulan. Cabut sebab tak nak buah dia besar sangat. Nak saiz comel comel begini saja. Rebus makan malam-malam time hujan, asyikkk!

CARA TANAM UBI KELEDEK JEPUN

BAHAN-BAHAN:

  • Keledek Jepun
  • Bekas kedap udara
  • Polibeg
  • Cocopeat
  • Tanah hitam
  • Baja organik

CARA PENANAMAN:

1. Beli Keledek Jepun (di kedai eco ada jual).

2. Selepas itu, ambil buah yang saiznya agak kecil dan basahkan sedikit!

3. Simpan dalam bekas yang kedap udara dan diletakkan di tempat yang redup. Wak biasa letak tepi sinki je, senang nampak! Takut terlupa saja nanti.

4. Selepas 2 minggu, dah boleh intai. Kalau dah keluar tunas, boleh dah dipindahkan ke dalam polibeg.

5. Keledek ini medium tanah kena peroi. Tanah tidak boleh padat. Kalau padat nanti tiada buah.

6. Kalau nak tanam dalam pasu media dia kena 2:1, di mana 2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam.

7. Baja organik terbaik! Tempoh tuaian hasil 2 bulan.

Sumber: Facebook Cikwan Redzuan Jelani via Berkebun D Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×