Deko & Hias

DIY Semburan Kawalan Serangga Pokok Cili, Guna 2 Bahan Ini Halang Bena Putih!

44
SHARES

Cili merupakan bahan keperluan yang perlu ada ketika memasak terutamanya, buat lidah yang meminati rasa pedas. Disebabkan itu, terdapat banyak pokok cili yang ditanam di dalam kawasan rumah kerana ianya begitu mudah untuk dinikmati dengan hanya memetik di luar rumah.

Namun, ianya seperti tanaman lain sudah pasti akan ada serangga perosak yang hadir seperti lalat putih atau bena putih di dedaun seperti dikongsikan oleh saudara Lebai Kudin. Tak perlu guna racun kimia hanya gunakan dua bahan utama ini sahaja untuk menghalang serangga perosak tersebut.

Baca juga: Tips Tanam Lobak Putih, Cepat Tumbuh & Hasilkan Umbisi Yang Besar!

TIADA LALAT PUTIH ATAU BENA PUTIH, TIADA RACUN BERBAHAYA!

Anda boleh buat sendiri semburan kawalan serangga di rumah dengan mengkuti ilmu yang dikongsikan saudara Kudin di bawah. Khabarnya, hasil tanaman pokok cilinya tumbuh cantik tanpa serangga perosak tersebut termasuklah belalang dan semut.

Malah, semburan buatan kawalan serangga perosak ini juga boleh digunakan untuk tanaman sayur.

Hari ni LK nak kongsi cara buat kawalan serangga sendiri untuk menghalang lalat putih atau bena putih untuk pokok cili dan sayuran.

Alhamdulillah belalang dan semut pun tiada. Yang penting tiada racun berbahaya digunakan.

CARA BUAT KAWALAN SERANGGA SENDIRI TANPA RACUN BERBAHAYA

BAHAN-BAHANNYA:

  • Syampu kanak-kanak Johnson’s jenis soft & smooth.
  • Cuka makan.
  • Air.

CARA-CARANYA:

1. Ambil 1 sudu shampoo kanak-kanak Johnson’s jenis soft and smooth.

2. Campurkan bersama 1 sudu cuka makan.

3. Bancuh kedua-dua bahan tersebut di dalam 1 liter air.

4. Kemudian, spray ke seluruh pokok cili terutama bahagian bawah daun.

5. Jangan lupa untuk spray seminggu sekali atau dua kali ikut keperluan pada pokok cili.

INI SEBABNYA MENGAPA GUNA SYAMPU KANAK-KANAK SEBAGAI BAHAN UTAMA!

Kenapa guna shampoo kanak-kanak?

Sebab shampoo ini tiada kimia merbahaya, kurang berbuih, tidak merosakkan pokok dan tiada kesan sampingan. Cuma cili perlu dibasuh sebelum dimakan.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. Insha Allah.

Sumber: Lebai Kudin via Group Beginner Tanam Pokok dan Sayur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×