Deko & Hias

Tips Tanam Lobak Putih, Cepat Tumbuh & Hasilkan Umbisi Yang Besar!

25
SHARES

Lobak putih atau ‘radish white’ merupakan jenis sayur-sayuran yang jarang dijadikan pilihan sebagai tanaman di rumah. Namun, jika anda merupakan seorang penggemar kepada sayur ini, apa kata anda cuba tanamnya di rumah.

Hanya perlu ikut sahaja tips yang dikongsikan oleh saudara Mohd Syafiq Ahmad Khasasi di laman sosialnya. Khabarnya, jika anda mengikuti apa yang telah diajar, tanaman lobak putih ini sudah boleh dituai dalam tempoh dua bulan sahaja. Memang singkat masanya!

Baca juga: Rupanya Ini 5 Langkah Mudah Guna Kulit Udang & Insang Ikan Sebagai Baja Tanaman, Subur Elok!

DALAM TEMPOH 45-60 HARI DAH BOLEH TUAI ‘RADISH WHITE’

Gambar: Ya dah boleh tuai dah kalau macam ni.

Lobak Putih (radish white) Supaya Cepat Tumbuh & Hasilkan Umbisi Yang Besar.

Tanam lobak putih ni memang syok hangpa, sebab dia jenis nampak batang lobak keluar dari tanah bila dah matang. Paling best masa nak tuai tu, cabut-cabut pegang dia punya lobak tarik keluar dari tanah. Pehhhh syok ya amat!

Okey CK nak ajaq hangpa macam mana nak tanam dia, cara CK yang simple dan hasilkan hasil yang mantap. Okey jom ikut step-step CK buat. Insya Allah semoga hangpa berjaya!

TIPS CARA TANAM LOBAK PUTIH, CEPAT TUMBUH & HASIL UMBISI YANG BESAR

Gambar: Kalau tanah tu gembur dan baja cukup 45 hari hangpa dah boleh tuai.

1. CARI TONG AIR 200L & BELAH DUA

Hangpa cari tong air 200L belah dua. Kalau hangpa tengok ni, tong biru ni CK tak lubangkan, sebab CK nak baja dan air CK bagi 100% lobak ni ambil.

Tapi jangan letak open, mesti letak bawah bumbung green house or awning rumah hangpa.

2. BUAT CAMPURAN TANAH

Untuk pokok jenis umbisi ni, dia jangan tanah yang keras. Susah lobak dia nak besar nanti. Okey tanah dia hangpa buat campuran macam ni:

  • 2 baldi tanah sawit
  • 2 baldi tanah merah
  • 2 baldi sabut
  • 1 baldi sekam bakar
  • 1 baldi sekam mentah
  • 500g baja wangi serbuk.

Gaul semua ini lepas tu hangpa siram Soil treatment atau apa-apa Effective Microb (EM) untuk tanah.

3. SEMAI BIJI BENIH DALAM KUANTITI SEDIKIT

Gambar: Hangpa semai dulu pastu pilih anak pokok yang sihat. Lobak putih cepat pertumbuhan dia.

Hangpa semai dulu biji benih dia, jangan semai banyak. Sepokok selubang dalam tray semaian tu, biji dia jenis besar macam biji kangkung jadi dia cepat tumbuh.

Macam CK pergi semai banyak jenuh nak tanam weiii! Hehe. Lepastu hangpa pilih pokok yang betul-betul sihat pindah ke tempat hangpa nak tanam tu.

4. BINA JARAK SEJENGKAL

Gambar: Bila dah semai, sebelum keluar daun sebenar hangpa boleh pindah ke pasu or bekas tanaman.

Buat jarak sejengkal atau lebih setiap pokok dan antara pokok tu. Sebab daun dia tumbuh macam pokok sawi, lagi luas ruang lagi besar lobak hangpa akan dapat.

5. AIR SIRAMAN HANYA CUKUP-CUKUP SAHAJA

Siraman dia kena ngam-ngam saja. Sebab CK tak lubangkan tong air tu sebelah bawah jadi kalau air lebih bagi nanti berenang la lobak-lobak CK tu hehe.

Jadi air tu CK siram basah, gunakan jari telunjuk cucuk dalam tanah. Kalau lembab tak perlu siram lagi.

6. TABUR SERBUK BAJA WANGI & SIRAM BAJA AIR LOF

Gambar: Okey dah nampak dia keluar lobak.

Cara pembajaan pula CK akan tabur baja wangi serbuk seminggu sekali dan siram dengan baja air LOF atau Single AB bagi kerap tapi sikit-sikit. Lagi banyak kita buat pembajaan secara konsisten lagi besar lobak dan cepat hasil hangpa dapat.

Disebabkan tempat tanam CK tu tak ada lubang semua baja, CK bagi pokok ambil dengan banyak. Kesan dia cepat pokok tumbuh membesar.

7. BUAT KAWALAN SERANGGA SEMINGGU SEKALI

Hangpa jangan lupa buat kawalan serangga seminggu sekali secara semburan pada daun dan tanah dia. CK guna produk-produk organik saja untuk buat kawalan ni.

Pastu hangpa top up tanah bila nampak lobak putih tu start keluar dari pemukaan tanah. Tambah-tambah saja, lagi banyak hangpa tambah tanah, lagi besar lobak tu hangpa akan dapat.

Insya Allah, kalau buat yang CK ajar dalam 45-60 hari dah boleh tuai lobak ni. Bagus tanam atas bagi tinggi sikit macam buat rak.

Barulah jiran lalu depan rumah dia brek mengejut sebab nampak lobak putih hangpa atas rak punya lawa hehe (bukan tayang tapi bagi semangat).

Sumber: Facebook Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×