Deko & Hias

Rupanya Ini 5 Langkah Mudah Guna Kulit Udang & Insang Ikan Sebagai Baja Tanaman, Subur Elok!

11
SHARES

Siapa sangka dengan hanya menggunakan insang ikan dan kulit udang sebagai baja, tanaman boleh menjadi subur. Malah, langkah-langkah membaja menggunakan bahan-bahan ini sangatlah mudah hanya dengan lima langkah sahaja.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh saudara Azuan Abdullah, dia memanfaatkan sisa kepala atau kulit udang dan insang atau perut ikan yang baru lepas disiang untuk dijadikan baja pada tanaman pokok limau kasturi di rumahnya. Memang hidup subur!

Baca juga: Rupanya Guna Teknik ‘Kokedama’ Bantu Pokok Sirih Tumbuh Subur!

SISA-SISA INI KAYA DENGAN PELBAGAI NUTRIEN KEPADA TANAMAN

Gambar: Pokok limau kasturi ini AA tanam dalam tayar ditepi pagar rumah. Usianya lebih kurang 1 tahun lebih. Dia punya dahan ada yang dah cecah simen planter box sebab tak mampu tanggung berat buah.

Setiap kali siang udang dan ikan, AA akan simpan kepala udang dan perut ikan. Benda boleh buat baja, buat apa kita buang kan. dua-dua sisa ni sangat power bila digunakan pada pokok.

Kepala dan kulit udang ni kaya dengan chitin atau chitosan. Banyak sangat kelebihan chitosan ni. Antaranya boleh meningkatkan tahap antibody pokok terhadap sesuatu penyakit dan boleh juga merangsang tumbesaran pokok supaya jadi lebih subur.

Insang dan perut ikan pula kaya dengan unsur nitrogen dan asid amino. Antara fungsi penting asid amino adalah membantu dalam proses kelekatan bunga.

Ada pelbagai teknik yang kita boleh jadikan kepala udang dan insang ikan ni sebagai baja. Kali ni, saya nak kongsi cara yang paling mudah. Cara yang paling malas. Hihi.

Saya guna terus dua-dua sisa buangan tersebut pada pokok limau kasturi. Caranya boleh tengok pada gambar ya.

5 LANGKAH MUDAH MEMBAJA TERUS LIMAU KASTURI DENGAN INSANG IKAN DAN KULIT UDANG

LANGKAH 1

Ambil sisa kepala/kulit udang dan insang/perut ikan yang baru lepas disiang. 

LANGKAH 2

Mula-mula kita buat alur dibawah kanopi daun pokok tersebut. Dalam gambar ini, saya buat alur di keliling pokok. Kedalaman alur lebih kurang 3-4 inci. 

LANGKAH 3

Tabur je kulit udang dan insang ikan ke dalam alur yang kita buat tu. Eloknya tabur biar sekata.

LANGKAH 4

Siap tabur, kambus balik alur tu ya. Ini penting supaya sang lalat tak datang berkampung kat sini. Bila kambus, bau busuk pun tak ada. 

LANGKAH 5

Akhir sekali, saya siram dengan cecair BIM + molasses. Untuk 1 liter air, saya guna 5 ml BIM + 5 ml molasses. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pengomposan sisa yang kita kambus tadi.

Nak siram plant booster, EM atau molasses sahaja pun boleh. Jika semua ini tak ada, siram je guna air basuhan beras ya. Tak ada masalah.

Sumber: Azuan Abdullah – AA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×