Selain tumbuhan sayuran, terdapat juga tumbuhan bunga yang boleh dimakan. Antara bunga boleh dimakan yang popular adalah bunga mawar, lavender dan dandelion.
Bahkan, ada beberapa jenis bunga boleh dimakan yang anda jarang dengar atau tidak pernah tahu. Jom ketahui tujuh jenis bunga yang boleh dimakan atau edible flowers untuk menambah kesedapan dan kecantikan dalam sajian anda.
Baca juga: Cara Paling Mudah Rumah ‘Bersih’ Dari NYAMUK, Tanam 7 Tumbuhan Pengusir Ini!
BUNGA BOLEH DIMAKAN
1. Mawar
Terdapat lebih daripada 150 spesies mawar di dunia. Berita baiknya ialah semuanya boleh dimakan. Namun, tidak semua jenis bunga mawar mempunyai rasa yang sama.
Cara praktikal untuk memilih mawar yang boleh dimakan adalah dengan aromanya. Kalau wangi, mungkin sedap juga.
Hanya boleh makan kelopak bunga mawar sahaja. Di mana, kelopak bunga ros mempunyai rasa sedikit manis dengan aroma bunga segar, seperti gabungan perisa strawberi dan epal hijau.
Malah, kelopak bunga ini boleh dimakan mentah terus, dicampur ke dalam jus buah atau diproses menjadi jem, salap sayur, sup rempah dan sebagainya.
2. Bunga raya
Bunga raya boleh didapati tumbuh di iklim tropika dan subtropika di seluruh dunia.
Terdapat beratus-ratus spesies bunga raya, tetapi varieti yang paling popular dan boleh dimakan dikenali sebagai roselle atau Hibiscus sabdariffa. Bunga ini mempunyai pelbagai warna seperti merah, putih, kuning dan merah jambu.
Anda boleh makan bunga ini terus dari tumbuhannya. Bunga raya biasanya digunakan dalam teh, ubat herba, jem atau sos sayuran.
Baca juga: 7 Jenis Tumbuhan Pagar HIASAN Rumah Untuk Nampak Lebih Eksklusif & Privasi
3. Bunga labu
Jika anda menanam labu kuning di kebun anda sendiri, anda mungkin sering menemui bunga yang berwarna cerah dan berdaun lembut. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak tahu bahawa bunga ini boleh dimakan seperti buah labu itu sendiri.
Bunga labu berwarna kuning terang dengan bentuk loceng yang panjang dan bulat. Bunga ini boleh dimakan mentah atau dicincang. Jadi, anda boleh memprosesnya sebagai sayuran rebus, urap sayur atau pun goreng sehingga garing.
Namun, hanya bunga jantan sahaja yang selamat dimakan. Apakah ciri-ciri bunga labu jantan? Bunga jantan mempunyai batang yang panjang dan nipis dan biasanya tumbuh di sekeliling pinggir luar tumbuhan.
4. Lavender
Bunga ini berwarna ungu, bersaiz kecil dan berjumlah banyak. Lavender terkenal dengan aromanya yang tersendiri dan dipercayai mempunyai kesan menenangkan. Warna dan aromanya menjadikan lavender sebagai tambahan yang sesuai untuk pelbagai makanan.
Bunga ini boleh ditambah kepada minuman manis, teh herba, herba kering, dan rempah ratus. Bunga yang boleh dimakan ini juga sesuai untuk digabungkan dengan makanan yang rasa masam dan manis seperti oren, beri, rosemary, sage dan coklat.
Apabila anda ingin menambah lavender dalam masakan, sebaiknya masukkan bunga sedikit demi sedikit, sehingga memberikan rasa atau aroma yang diingini. Jika anda menambah terlalu banyak sekaligus, rasa dan aroma akan menjadi terlalu kuat.
Baca juga: 11 Tips Tanam Buah Tembikai, Nak Tumbuh Sihat & Isinya Manis Kena Ikut Langkah Ini!
5. Dandelion
Dandelion dikenali sebagai rumpai taman yang tumbuh liar. Walau bagaimanapun, ia juga berfungsi sebagai bunga yang boleh dimakan dengan kandungan nutrisi yang tinggi.
Dandelion mempunyai bunga kecil kira-kira 2 – 4 cm diameter dengan banyak kelopak kecil kuning cerah. Setiap bahagian tumbuhan rumpai ini boleh dinikmati termasuk akar, batang dan daun.
Bunganya boleh dimakan mentah, dicampur dengan serbuk roti, digoreng, atau dicampur untuk membuat puding dan jem. Dandelion juga boleh dimasak dalam rebusan, sos ikan, atau hidangan lain yang memerlukan aroma tambahan.
Manakala, akarnya sering direndam untuk membuat teh atau kopi.
6. Chamomile
Chamomile adalah bunga yang sering digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional selama berabad-abad. Bunganya sangat mirip dengan aster, walaupun lebih kecil.
Bunga ini memberikan rasa sedikit manis dan aromatik kepada makanan atau minuman. Selain sering digunakan untuk teh chamomile, bunganya juga boleh dibuat sirap atau makanan bakar dan pencuci mulut.
Dalam masakan, daun dan bunga chamomile biasanya dikeringkan terlebih dahulu, tetapi boleh juga dihidangkan segar.
7. Pansy
Selain sedap dipandang, pansy juga sedap dimakan. Ia datang dalam pelbagai warna, tetapi umumnya berwarna ungu, biru dan kuning.
Tumbuhan pansy mempunyai bunga kecil, kira-kira 5 – 8 cm diameter. Bunga ini mempunyai lima kelopak bertindih dengan kawasan gelap di tengah yang menyerupai kesan dakwat.
Bunga pansy mempunyai rasa yang ringan, segar dan manis. Disebabkan ia mempunyai banyak variasi warna, bunga ini sering menjadi aksesori untuk menghias tart, puding dan pastri.
Baca juga: 14 Tanaman Rumah Yang Mudah Ditanam, Makin ‘Berisi’ Tanah Lepas Ini!
Sumber: Hello Sehat
FT Image: TheGypsyChef