Tahukah anda, putih telur dipercayai sebagai salah satu bahan mask semula jadi bagi kulit wajah. Disebabkan itu anda perlu tahu cara membuat mask putih telur untuk atasi pelbagai masalah kulit yang dialami.
Jom ikuti kelebihan putih telur dan 3 cara membuat mask wajah dari putih telur untuk pelbagai masalah kulit seperti di bawah.
Baca juga: Alamak! Jerawat Makin Banyak Lepas Pakai Skincare? Ini Tanda Lain Produk Itu TAK SESUAI!
MASK PUTIH TELUR BERI KELEBIHAN PADA KULIT BERMASALAH
Kalau nak tahu, komponen nutrisi utama putih telur adalah protein. Di mana, satu biji telur besar mengandungi 3.6 gram protein.
Maka, disebabkan itu mask wajah dari putih telur dipercayai bahawa kandungan proteinnya mempunyai kesan hebat pada kulit wajah dan menyerap minyak berlebihan dari kulit.
Malah, ada juga yang menyatakan bahawa putih telur mengandung vitamin dan mineral yang beri banyak manfaat untuk penampilan kulit secara menyeluruh.
KELEBIHAN MASK PUTIH TELUR UNTUK 3 MASALAH KULIT WAJAH
Terdapat banyak cara membuat mask putih telur ini yang boleh anda lakukan di rumah. Berikut cara membuat mask putih telur bersama kelebihannya pada kulit wajah.
1. MENGURANGKAN MASALAH MATA PANDA
Mempunyai lingkaran gelap di bawah mata seperti mata panda, kadang-kadang mengganggu penampilan seseorang. Justeru itu, atasinya dengan mask muka dari putih telur yang khusus untuk keadaan kulit ini.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji putih telur.
- 2 sudu teh serbuk kopi (serbuk kopi yang sudah tidak digunakan adalah yang terbaik kerana mengandung paling banyak kafein).
CARA MEMBUAT:
- Campurkan putih telur dan kopi dalam mangkuk kecil. Gaulkan campuran dengan garfu sampai berbuih dalam 1 minit.
- Dengan tangan atau berus yang bersih, aplikasikan mask di sekitar dan di bawah mata. Hindari kelopak mata.
2. MERAWAT WAJAH ANTI PENUAAN
Wanita yang sudah memasuki usia 30 tahun dan ke atas, sudah pasti akan mengalami tanda-tanda penuaan. Disebabkan itu, anda boleh cuba mask putih telur yang dikhususkan untuk isu kulit ini.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji putih telur.
- 1 sudu makan lobak merah yang sudah diparut halus
- 1 sudu teh lidah buaya.
CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan dan gaulkan bahan tersebut dengan garfu sampai berbuih dalam 1 minit.
- Dengan tangan atau berus yang bersih, aplikasikan mask di bahagian wajah yang terdapat kerutan, terutama di bahagian bawah mata.
- Hindari kawasan kelopak mata.
3. MELEGAKAN KULIT SENSITIF
Bagi wanita yang memerlukan mask wajah untuk melegakan kulit sensitif, anda boleh mengikuti cara membuat mask putih telur seperti di bawah ini.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji putih telur.
- 1 sudu teh gel lidah buaya.
- 1 sudu teh teh chamomile.
CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan tersebut dalam mangkuk kecil dan digaul rata.
- Sapukan ke kulit bersih dan biarkan ia kering selama 20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.
Gel lidah buaya dan teh chamomile berfungsi untuk menenangkan keradangan dan kemerahan kulit. Namun, jangan gunakan mask ini pada kulit yang terbakar (sunburn) kerana boleh menyebabkan iritasi.
Gunakan mask putih telur hanya pada kulit normal dengan kawasan iritasi ringan atau keradangan akibat panas.
KESIMPULAN
Dinasihatkan untuk anda melakukan patch test terlebih dahulu dengan cara mengoleskan sedikit putih telur di belakang tangan, di bawah dagu atau di belakang telinga. Hal ini kerana, mask ini boleh menyebabkan iritasi atau alahan pada kulit walaupun ia bahan semula jadi.
Tunggu dalam 15 minit, lalu dibilas putih telurnya. Jika tiada kemerahan, gatal, bengkak, atau tanda lain dari reaksi alahan, anda boleh menggunakan putih telur sebagai mask wajah.
Sumber: Orami / Medical News Today / Hello Glow