Cantik

Alamak! Jerawat Makin Banyak Lepas Pakai Skincare? Ini Tanda Lain Produk Itu TAK SESUAI!

10
SHARES
tanda produk penjagaan kulit

Semua orang mempunyai keinginan untuk mempunyai kulit wajah yang licin, bersih dan berseri. Malangnya, setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza seperti normal dan sensitif. Oleh itu, amatlah penting untuk mengetahui tanda produk penjagaan kulit yang tidak sesuai dengan diri anda.

Mari lihat lima senarai tanda produk penjagaan kulit yang tidak sesuai dengan wajah anda seperti di bawah.

Baca juga: Petua Kecantikan Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Rugi Kalau Tak Cuba!

TANDA PRODUK PENJAGAAN KULIT TIDAK SESUAI DENGAN ANDA

tanda produk penjagaan kulit

1. KEGATALAN & KERENGSAAN PADA KULIT

Produk penjagaan kulit boleh mengandungi pelbagai bahan dan kebanyakannya boleh menyebabkan reaksi alergi. Sekiranya anda perasan bahawa kulit mengalami seperti di bawah ini selepas satu langkah dalam rutin penjagaan kulit anda, nilai dahulu produk mana yang menyebabkan masalah tersebut.

  • kemerahan
  • kegatalan
  • kerengsaan

Selalunya, kulit sensitif kepada wangian, tetapi mungkin terdapat beberapa punca lain. Sebaik sahaja anda mengetahui punca masalahnya, tukarkan dengan produk yang dicipta untuk kulit sensitif.

2. LEBIH BANYAK JERAWAT

Menggunakan produk penjagaan kulit yang baharu boleh menyebabkan timbulnya jerawat pada sesiapa sahaja kerana kulit mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

  • Jangan guna produk tersebut sekiranya masalah jerawat masih ada selepas 2 hingga 3 minggu menggunakannya.
  • Kemungkinan produk itu mengandungi bahan komedogenik, yang menyumbat liang dan menyebabkan jerawat.
  • Cari produk yang tiada komedogenik.

3. KULIT TERASA TEGANG SELEPAS MEMBERSIHKANNYA

Kulit terasa tegang selepas membersihkan muka adalah tanda bahawa produk itu menghilangkan minyak semula jadi pada kulit anda. Minyak semula jadi ini yang membentuk penghalang perlindungan terhadap toksin persekitaran dan kehilangan lembapan.

  • Ketegangan menunjukkan bahawa kulit anda mengalami dehidrasi, menjadikannya terdedah kepada jerawat, mengelupas dan kerengsaan.
  • Akan menyebabkan pelbagai masalah jika masih menggunakannya, daripada pengeluaran minyak berlebihan (untuk menggantikan apa yang hilang) kepada liang roma yang membesar.
  • Dapatkan pembersih pH seimbang dan lembut untuk memberi kulit anda peluang untuk mengimbanginya semula.

4. PERUBAHAN WARNA DAN HIPERPIGMENTASI

tanda produk penjagaan kulit

Pendedahan berlebihan kepada sinaran UV boleh menyebabkan hiperpigmentasi. Ia dalam bentuk bintik-bintik coklat yang timbul pada bahagian badan yang sering terdedah di bawah sinar matahari.

Jika anda menggunakan SPF, tetapi masih mengalami bintik-bintik, sudah tiba masanya untuk meningkatkan SPF anda.

  • Pastikan ia menyediakan perlindungan spektrum luas (UVA/UVB) dalam 30 SPF atau ke atas,
  • tidak tamat tempoh,
  • gunakan semula setiap dua jam dan selepas berenang atau berpeluh.

5. KULIT TERASA PANAS

Merasakan sensasi panas, bengkak atau gatal setelah mengaplikasikan produk penjagaan kulit tersebut, ini bermakna kulit anda sensitif terhadap salah satu kandungan dalam produk itu.

Hentikan pakai! Bilas dengan air bersih dan sapukan pelembab wajah untuk menenangkan kulit. Pakai hydrating gel seperti aloe vera gel pun okay.

KESIMPULAN!

Andai anda memiliki tanda-tanda tersebut, dinasihatkan untuk berhenti dari menggunakan produk penjagaan kulit tersebut. Sekiranya masalah ini berterusan, lebih baik rujuk kepada pakar dermatologi yang bertauliah untuk pemeriksaan dan rawatan susulan.

Sumber: Advanced Dermatology & Cosmetic Institute / SantaiSini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×