Cantik

5 Cara Berkesan Penjagaan Kulit Guna ‘Petroleum Jelly’, Lebih Magik Rawat Kulit Melecet!

14
SHARES
kulit kering

Kulit kering dan melecet merupakan antara kondisi kulit yang paling kerap dialami orang ramai. Malah, kulit adalah organ terbesar pada tubuh badan, jadi amat penting untuk menjaganya dengan baik.

Walau bagaimanapun, berbuat demikian tidak semestinya bererti anda perlu melaburkan wang yang banyak. Malah, produk biasa dan harga mampu milik yang terdapat dalam kabinet ubat orang kebanyakan seperti jeli petroleum, mampu memberikan pelbagai kegunaan pada penjagaan kulit.

Baca juga: Ini 10 Petua Tradisional Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan & Kecantikan

KULIT KERING BOLEH LEMBAP GUNA BAHAN JIMAT POKET INI

kulit kering

Justeru itu, bagi menjimatkan kos penjagaan kulit anda, pakar dermatologi telah mengesyorkan menggunakan jeli petroleum sebagai kegunaan di bawah ini.

5 CARA MENGGUNAKAN ‘PETROLEUM JELLY’ UNTUK PENJAGAAN KULIT

1. MELEGAKAN KULIT KERING TERMASUK BIBIR & KELOPAK MATA

Kulit kering boleh menyebabkan ia mengelupas, gatal, retak dan juga berdarah. Oleh kerana salap lebih berkesan dan kurang merengsakan daripada losyen, maka pertimbangkan untuk menggunakan jeli petroleum pada kondisi ini. Ia juga boleh dioles pada pada bibir dan kelopak mata.

Kulit pada kelopak mata adalah kulit paling nipis pada badan dan boleh merengsa dengan mudah. Jika kelopak mata anda kering dan menggelupas, sapukan sedikit jeli petroleum untuk kelembapan dan perlindungan.

Bagi hasil terbaik, sentiasa sapukan jeli petroleum apabila kulit lembap.

2. BANTU KULIT CEDERA CEPAT SEMBUH

Bagi luka ringan seperti luka, goresan dan calar, gunakan jeli petroleum untuk memastikan luka itu sentiasa lembap. Ini membantu mengelakkan luka daripada kering dan membentuk kudis. Hal ini kerana, kudis mengambil masa lebih lama untuk sembuh.

Ini juga akan membantu mengelakkan parut daripada menjadi terlalu besar, dalam atau gatal. Selagi luka dibersihkan setiap hari, tidak perlu menggunakan salap antibakteria.

3. CEGAH MELECET

kulit kering

Melecet adalah kerengsaan kulit yang menyakitkan, berlaku apabila bahagian badan saling bergesel bersama atau bergesel dengan pakaian.

Bagi mengelakkan melecet yang boleh menyebabkan lepuh, sapukan jeli petroleum pada kawasan yang bermasalah seperti di kaki atau peha.

4. RAWAT RUAM LAMPIN

Cara terbaik untuk mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih. Walau bagaimanapun, jika bayi anda mengalami ruam, sapukan jeli petroleum semasa setiap kali menukar lampin.

Ruam bayi anda akan hilang dalam masa tiga hingga empat hari, dengan penjagaan yang betul. Jika ruam tidak hilang, berjumpa dengan pakar dermatologi yang disahkan oleh lembaga kesihatan.

5. HIDRAT SEMULA KUKU

Jika anda kerap melakukan rias kuku dan pedikur, sapukan jeli petroleum pada kuku dan kutikula anda. Ini akan mengurangkan kerapuhan dan membantu mengelakkan kuku daripada terkelupas.

Bagi hasil terbaik, sapukan apabila kuku anda lembap.

KESIMPULAN

Walaupun jeli petroleum mempunyai banyak manfaat, ia tidak bermaksud boleh digunakan pada segala-galanya. Elakkan menyapu jeli petroleum pada muka jika anda mempunyai jenis kulit muka yang mudah berjerawat. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan jerawat pada sesetengah orang.

Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang kulit anda atau cara menjaganya, berjumpa dengan pakar dermatologi yang diperakui oleh lembaga kesihatan.

Sumber: American Academy of Dermatology Association

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×