Cantik

“Biji Putih Apa Pula Ni Di Bawah Mata?”- Ketahui Tentang Biji Kolesterol & Cara Menghilangkannya!

30
SHARES
cara menghilangkan biji kolestrol

Milia atau biji kolesterol ialah benjolan putih kecil yang biasa ditemui pada pipi, hidung atau kelopak mata. Malah, ia juga boleh muncul di bahagian lain badan. Selain itu, cara menghilangkan biji kolestrol perlu dilakukan dengan kaedah yang betul.

Sista (cysts) kecil, warna putih susu atau kekuningan itu sendiri adalah simptom utama milia. Kadang-kadang, ia disalah anggap sebagai white head (jerawat). Tetapi milia tidak gatal atau menyebabkan sebarang kesakitan atau ketidakselesaan.

Baca juga: Malunya Tumit Kaki Pecah & Merekah! Relaks, Cuba 6 Cara Ini, Baru Sedap Bergesel

CARA MENGHILANGKAN BIJI KOLESTROL (MILIA)

cara menghilangkan biji kolestrol

Gambar hiasan: Google.

PUNCA BIJI KOLESTROL

Kulit boleh mengelupas sendiri secara semula jadi. Sel kulit lama dibuang untuk memberi ruang kepada sel kulit baru yang sihat.

Apabila sel kulit lama tidak tertanggal, ia boleh terperangkap di bawah kulit. Lama kelamaan, sel mengeras dan membentuk sista kecil. Ini yang dipanggil sebagai milia.

Manakala, jenis milia yang lain disebabkan oleh:

  • Kerosakan kulit akibat ruam, kecederaan, atau matahari.
  • Menggunakan kortikosteroid (steroid) untuk masa yang lama.
  • Keadaan genetik atau autoimun.

CARA MENGHILANGKAN BIJI KOLESTROL BAWAH MATA

Terdapat beberapa cara yang boleh membantu untuk menghilangkan biji kolestrol di bawah mata, mengikut golongan di bawah.

1. BAYI

Tiada rawatan diperlukan untuk biji kolestrol bayi. Tetapi anda harus membersihkan muka mereka dengan:

  • Basuh setiap hari dengan air suam.
  • Menyapu lembut bukan menggosok kulit bayi yang halus dan kering.

Jangan sekali-kali menggunakan losyen atau sebarang produk mengelupas kulit mati (exfoliators) untuk orang dewasa pada kulit bayi. Jika perlu, sabun bayi yang lembut boleh digunakan.

Sekiranya, milia tidak hilang selepas beberapa bulan, berbincang dengan pakar pediatrik anak anda.

2. ORANG DEWASA

Seperti bayi, biji kolesterol orang dewasa mungkin hilang dengan sendirinya. Rawatan di rumah seperti produk mengelupas, retinol atau facial peels boleh membantu beberapa jenis biji kolesterol yang degil.

Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan di rumah. Produk-produk tersebut mungkin tidak disyorkan untuk semua milia atau kulit.

3. JANGAN SESEKALI CUBA MEMICIT BIJI KOLESTROL

Jangan sekali-kali cuba memicit biji kolesterol diri anda atau bayi. Biji kolestrol tidak boleh dibuang dengan cara ini kerana anda boleh merosakkan atau membuat parut di wajah anda.

Jika ia tidak hilang sendiri atau dengan rawatan di rumah, berbincang dengan doktor. Biji kolesterol boleh dirawat dengan membuangnya seperti kaedah ini:

  • Sejuk melampau (krioterapi).
  • Panas melampau.
  • Pembedahan laser.
  • Facial peels.
  • Dermabrasion.
  • Ubat topikal atau oral.

ADAKAH BIJI KOLESTROL BOLEH MUNCUL KEMBALI?

cara menghilangkan biji kolestrol

Gambar hiasan: Guido Mieth – GettyImages.

Cara terbaik untuk mencegah biji kolesterol adalah dengan rutin penjagaan kulit yang sihat, ia termasuk:

  • Cuci muka dua kali sehari.
  • Exfoliate kulit dua hingga tiga kali seminggu. Tanya doktor anda produk mana yang selamat dan berkesan untuk kulit.
  • Menggunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30 setiap hari, walaupun dalam keadaan mendung.

GOLONGAN BERISIKO

Ia adalah perkara biasa bagi bayi untuk mempunyai milia. Ini kerana kulit bayi yang baru lahir masih belajar untuk mengelupas sel kulit mati. Milia bayi biasanya hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu atau bulan.

Semua peringkat umur dan jenis kulit boleh mendapat milia. Tetapi beberapa perkara meletakkan anda lebih berisiko, seperti:

  • Kurang kebersihan dan penjagaan kulit yang betul.
  • Penggunaan solekan berasaskan minyak atau produk penjagaan kulit yang menyumbat pori-pori.
  • Kurang tidur.
  • Keadaan kulit seperti kelemumur.
  • Penggunaan ubat steroid dalam jangka masa yang panjang.

Sumber: American Academy of Ophthalmology

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×