Sihat

Katanya Kayap Ular Yang Bersambung Boleh Jadi Punca Kematian? Doktor Kata Itu Mitos!

32
SHARES

Mungkin sewaktu kecil dahulu, anda pernah mendengar segelintir orang tua yang bercerita dengan menyatakan jika seseorang terkena kayap ular dan ia bersambung, pesakit tersebut akan meninggal dunia.

Namun, menerusi perkongsian yang dibuat oleh Doktor Ahmad Samhan di laman sosialnya, sebenarnya agak mustahil kayap ular mengelilingi badan seseorang. Malah, ianya tidak bersambung dan semua itu adalah mitos.

Baca juga: Lidah Bayi Warna Putih & Tidak Hilang Bila Disental? Rupanya Itu Adalah Kulat Susu!

AGAK MUSTAHIL KAYAP ULAR MENGELILINGI ANGGOTA BADAN

“Pakcik datang hari ini sebab apa?”

“Doktor tolong pakcik, pakcik ada kayap ular. Kalau kayap ini bersambung, mati pakcik,” sambil selak bajunya.

“Pakcik pernah kena chicken pox masa kecil dulu?Atau ada orang panggil cacar air yang kulit jadi gelembung lepas itu jadi parut?”

“Oh ada.Masa kecil dulu la.”

APA ITU KAYAP ULAR?

Kayap ular disebabkan oleh virus Varicella-zoster iaitu virus yang sama yang menyebabkan chicken pox. Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti oleh chickenpox boleh mendapat jangkitan kayap ular.

Selepas pesakit pulih daripada jangkitan chickenpox dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki, boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif) selama bertahun-tahun.

Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, dan menyebabkan lepuhan dan kayap.

Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular.

KAYAP ULAR MENYERANG DI SATU BAHAGIAN BADAN SAHAJA…

Kayap ini biasanya akan menyerang satu saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Setiap akar saraf mempunyai 2 set yang sama untuk memberikan deria sentuhan di kedua-dua belah kiri dan kanan bahagian badan.

Maka, apabila virus tadi menjadi aktif kembali, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut. Memang agak mustahil juga untuk kayap ular itu mengelilingi badan kita.

ANTARA ANGGOTA BADAN YANG TERLIBAT

Ia biasanya melibatkan bahagian dada dan muka. Ada segolongan kecil pesakit mungkin mengalami kayap ular di lebih dari satu bahagian badan tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan serentak. Ia takkan bersambung. Itu semua mitos!

Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular. Tetapi rawatan perubatan yang betul mampu MEMENDEKKAN JANGKA MASA penyakit dan MENGELAKKAN KOMPLIKASI.

UBAT YANG BIASA DIPRESKRIPSI OLEH DOKTOR:

1. ANTI-VIRAL

Seperti Acyclovir yang penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.

2. UBAT TAHAN SAKIT

Seperti NSAIDs untuk membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.

3. KRIM ANTIBIOTIK

Sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.

MITOS! KAYAP BERSAMBUNG MENYEBABKAN KEMATIAN

Gambar hiasan: HelloDoktor.

“Habis itu, dulu ada jiran pakcik yang meninggal. Katanya sebab kayap dia bersambung.”

“Pakcik, ada tengok tak kayap dia?”

“Tak ada la pulak.”

“Dia meninggal mungkin sebab lain, kebetulan pula ada kayap.”

“Ramai orang duk sangka, kalau kayap bersambung akan meninggal. Tapi, tak ramai yang tahu, rokok lagi bahaya dari kayap. Betul tak pakcik?” sambil jeling rokok yang sedikit terkeluar dari poket baju pakcik.

“Betul, doktor,” sambil tolak rokok masuk ke dalam poket dan tersengih.

Dr. Ahmad Samhan -bomoh kayap-

Sumber: Twitter DoktorSamhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×