Asuh

Lidah Bayi Warna Putih & Tidak Hilang Bila Disental? Rupanya Itu Adalah Kulat Susu!

8
SHARES

Sekiranya ada melihat warna putih pada lidah bayi anda dan setelah disental lembut dengan kain basah masih tidak berubah, menurut Doktor Redza Zainol ia adalah kulat susu atau dikenali juga sebagai kerak susu.

“Betul ke kulat susu ni hilang lepas sapu air kencing bayi tu sendiri dalam mulut bayi?”

Itu adalah mitos! Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kulat susu dan cara merawatnya, jom baca penerangan doktor Redza di bawah.

Baca juga: Ini Rupanya Fungsi & Keistimewaan Taik Telinga, Doktor Pesan Tak Elok Amalkan Korek Telinga!

DAH SENTAL DENGAN KAIN BASAH WARNA PUTIH MASIH TAK HILANG…

Baru je ibu ni nak keluar dari pintu bilik rawatan, dia patah balik.

“Dr, nasib saya teringat. Lidah anak saya ni putih. Sebab apa ya?”

Saya pun tengok sekejap. Saya ambil satu kain bersih dan basahkan dengan air masak. Saya minta ibu tu sental perlahan guna kain tadi pada lidah bayi. Warna putih tu kekal.

Memang sah ni ialah kulat susu. Terus dia tanya betul ke kulat susu ni hilang lepas sapu air kencing bayi tu sendiri dalam mulut bayi. Bukan macam tu. Mitos sungguh.

APA ITU KULAT SUSU ATAU KERAK SUSU?

1. Ada orang panggil Kulat Susu atau Kerak susu. Nama lainnya ialah Oral Thrush.

2. Puncanya ialah kulat yang hidup dalam mulut. Boleh jadi sebab mulut bayi tak dicuci selepas menyusu atau mulut bayi terlalu kering.

Bayangkan, kita yang dewasa pun berkumur, berus gigi dan lidah sebelum tidur kan. Mulut bayi pun sama kena cuci.

3. Dalam kes kulat susu yang lebih serius, bayi dah tak nak menyusu sebab tak selesa dan mungkin rasa sakit dalam mulut.

4. Kes kulat susu ni selalu jadi pada bayi umur beberapa minggu hingga umur setahun.

5. Kalau kulat susunya sikit, ia boleh baik sendiri tanpa rawatan.

6. Kalau kulat susunya banyak, bawa bayi jumpa dengan doktor dan akan dirawat dengan ubat oral Nystatin selama seminggu.

#infobayi

Sumber: Twitter DrRedzaZainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×