Bahan yang selama ini dianggap tidak berguna sebenarnya boleh menghasilkan sesuatu yang menarik apabila diberi sedikit sentuhan kreativiti, termasuk menghasilkan bunga raya menggunakan barangan terbuang.
Baca juga: [VIDEO] 6 Idea Aksesori DIY Merdeka, Boleh Gayakan Masa Sambut 31 Ogos Nanti!
BUNGA RAYA KITAR SEMULA
Idea kreatif itu dikongsikan oleh Asy Syifa Adawiyah menerusi kumpulan Facebook Nilam Readers Club yang memaparkan 10 cara menghasilkan bunga raya dengan menggunakan bahan mudah didapati di rumah.
Menariknya, bahan yang digunakan juga bukan sesuatu yang sukar dicari. Ada antaranya menggunakan botol plastik, surat khabar lama, cawan telur kertas, gulungan tisu dan juga jaring buah.
Baca juga: JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini Pada Jalur Gemilang, Bendera Rasmi Lambang Negara Malaysia!
BARANG TERBUANG PUN BOLEH JADI HASIL SENI
Idea yang dikongsikan Asy Syifa Adawiyah itu menunjukkan bahan terpakai tidak semestinya berakhir di tong sampah.
Dengan sedikit kreativiti, barangan harian seperti botol plastik, surat khabar, cawan telur dan gulungan tisu boleh ditukar menjadi hasil seni yang menarik.
Aktiviti seperti ini juga boleh dijadikan projek kraf bersama anak-anak atau bahan bantu mengajar untuk memperkenalkan konsep kitar semula dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Paling penting, ia secara tidak langsung menggalakkan kita untuk mengurangkan pembaziran serta lebih menghargai barangan yang masih boleh digunakan semula.
Baca juga: DIY Aksesori HARI MERDEKA. Sanggul Lintang, Sampin & Tanjak Anak, Jimat & Murah!
10 IDEA BUNGA RAYA GUNA BAHAN TERBUANG
Menurut perkongsian tersebut, berikut antara kombinasi bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan bunga raya:
1. Jaring buah + kertas warna

2. Botol plastik + penutup botol

3. Cawan telur kertas + straw

4. Cawan plastik terpakai + kertas warna

5. Surat khabar lama + botol plastik

6. Plastik pembungkus + kadbod

7. Sudip plastik terpakai + penutup botol

8. Penyedut minuman + kertas warna

9. Pinggan kertas terpakai + kertas warna

10. Gulungan tisu terpakai + kertas warna

Sumber: Nilam Readers Club (Asy Syifa Adawiyah)
FT Image: Wikipedia (Lestat)
