Kehangatan 31 Ogos semakin kian terasa. Bahangnya kini sedang membaluti seluruh hati rakyat Malaysia, terutama buat mereka yang bakal menyambut Hari Kebangsaan ke-67 di lokasi masing-masing seperti Dataran Putrajaya. Maka, tidak lengkap kalau tiada aksesori merdeka pada hari sambutan nanti.
Baca juga: 7 Model Pagar Rumah Cantik & Terkini 2024, ‘Confirm’ Jadi Bualan Setaman!
AKSESORI MERDEKA
Justeru itu, terdapat beberapa idea aksesori merdeka yang bersesuaian dan boleh digayakan pada busana merdeka anda nanti. Secara tidak langsung, semangat patriotik dalam diri akan lebih membara semasa mengibarkan Jalur Gemilang.
Jom tonton video DIY aksesori merdeka yang penulis tampilkan di bawah.
Baca juga: Hero Kanchong Darat ‘Mendunia’, Anak-Anak Sidek Gah Takluki Pentas Badminton!
Baca juga: 2 Kali Pergi Bengkel ‘Aircond’ Kereta Kejap Je Sejuk, Modal RM18 Beli Benda Ni Elok Terus!
1. Topi boater
Aksesori merdeka yang pertama adalah topi boater yang mana sering kali digayakan oleh ahli silap mata.
Mempunyai bulu pelepah yang menghiasi di bahagian atas topi, pastinya menambah kecantikan padanya. Manakala, bahagian topinya menggunakan kotak yang tidak digunakan lagi.
Jangan lupa untuk warnakan topi dan bulu pelepah tersebut dengan warna Jalur Gemilang.
@mya_jasmine DIY topi guna kotak. Bahan-bahan : Kotak, kertas warna, gunting/pisau, gam & reben(optional). Size topi ikot ukuran kepala sendiri, tinggi topi 8cm atau boleh je nak buat lagi tinggi. Dah potong, balut semua part dgn kertas warna kemuadian cantumkan. Senang je buat dia, within 30 minutes dah siap 😉 #diy #diytopi #topimerdeka #merdeka66 #merdeka
2. Topi etnik Iban
Seterusnya, adalah topi yang sering digayakan lelaki etnik Iban yang juga boleh anda gayakan sebagai aksesori merdeka.
Menariknya, topi ini hanya menggunakan kertas warna bersaiz A4 sahaja, terutamanya untuk membuat bulu pelepah dan bunga ros.
Selain itu, anda juga memerlukan sedikit kotak untuk membuat rangka yang melengkung. Jom lihat tutorial seperti di bawah.
@mya_jasmine Seni tangan 😉 #diytopimerdeka #topimerdeka #topimerdekakanakkanak #merdeka66 #diy
3. Selempang merdeka
Selain itu, pada hari sambutan nanti anda boleh juga gayakan selempang merdeka bersama topi etnik Iban di atas.
Nak buat selempang merdeka mudah sahaja kerana bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Kertas A3
- Reben
- Kertas pembalut
- Double tape
- Gunting
Tonton tutorialnya di bawah ini.
@beconstationeryofficial Koranggg, dah ada ideal nak buat apa ke untuk merdeka??👉👈 Boleh tengok video ni tau. Korang boleh buat selempang atau Mahkota (Crown) 🤞 #beconstationery #merdeka #craft #merdeka2024 #diymerdeka #kedaialattulis
♬ original sound – BeconStationeryOfficial – BeconStationeryOfficial
Baca juga: 7 Tempat Bersejarah Wajib Pergi Sempena Bulan Kemerdekaan, Pupuk Rasa Cinta Kepada Negara!
4. Topeng dan topi merdeka
Sekiranya anda seorang yang pemalu dan tidak sukakan wajah dilihat umum, topeng merdeka inilah penyelesaiannya.
Bolehlah anda sorokkan wajah disebalik topeng merdeka ini. Baru ada aura misteri~
Selain itu, tutorial ini juga menyediakan cara membuat topi DIY yang sedikit berbeza dari pilihan topi merdeka yang ada di atas.
Nak tahu bahan-bahan apa yang diperlukan, lihat tutorialnya di sini.
@beconstationeryofficial Bulan Merdeka dah dekat 😱😱 Korang dah bersedia ke? Jom kita buat riasan sempena bulan merdeka ni. Mak-mak boleh standy save tau 😉 #beconstationery #merdeka #topengmerdeka #topimerdeka #diymerdeka kedaialattulis
♬ original sound – BeconStationeryOfficial – BeconStationeryOfficial
5. Bunga Raya
Akhir sekali, aksesori merdeka yang penulis ingin kongsikan adalah origami Bunga Raya. Bolehlah lekatkan ia pada pakaian kemerdekaan anda nanti.
Bahan utamanya adalah menggunakan kertas A4 berwarna sahaja. Sangat mudah! Jom cuba buat.
@syadeebaa Tutorial buat Bunga Raya dari kertas warna untuk hiasan Hari merdeka.. Kat opis ni xde kertas warna hijau untuk jadikan daun..so kita pakai je ape ada n pakai balik barang2 hiasan tahun2 lepas punya..🌺🌺😂 #keranamumalaysia #keranamumalaysia🇲🇾 #merdeka #merdeka2022 #merdeka2023 #hiasanmerdeka #tutorial #tutorialbunga #tutorialbungaraya #bungaraya #bungakebangsaan #diy #diybungakertas #diybungaraya #diyproject #kraftangan #kraftanganmalaysia #fyp
Baca juga: Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!