Percutian

7 Tempat Bersejarah Yang Wajib Anda Pergi Sempena Bulan Kemerdekaan, Pupuk Rasa Cinta Kepada Negara!

8
SHARES
tempat bersejarah di Malaysia

Sempena Hari Merdeka yang bakal diraikan pada 31 Ogos, apa kata anda menggunakan kesempatan ini untuk membawa anak-anak pergi melawat tempat bersejarah di Malaysia seperti senarai di bawah. Secara tak langsung, ia dapat memupuk lagi semangat patriotisme dalam diri mereka.

Rugi lah sebagai rakyat Malaysia jika tidak mengenali atau mengetahui kawasan-kawasan tinggalan sejarah yang penuh dengan kisah menarik dan struktur bangunan unik untuk diketahui. Antaranya seperti Bangunan Sultan Abdul Samad,  A Famosa, Masjid Ubudiah, Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muzium Negara, Stesen Keretapi Ipoh dan Seri Menanti.

Baca juga: JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini Pada Jalur Gemilang, Bendera Rasmi Lambang Negara Malaysia!

TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA

tempat bersejarah di Malaysia

1. A Famosa (Melaka)

Melaka mempunyai ibu negeri yang terkenal iaitu Bandaraya Melaka yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008. Di mana, kawasan tersebut kaya dengan lokasi bersejarah seperti A Famosa.

“A Famosa” bererti “Yang Terkenal” dalam Bahasa Portugis. Di mana, di situ mempunyai gerbang “Porta de Santiago” yang merupakan satu-satunya bagian benteng yang masih bertahan hingga saat ini.

Selain itu, A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

tempat bersejarah di Malaysia

2. Bangunan Sultan Abdul Samad (Kuala Lumpur)

Seperti namanya, bangunan ini telah mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

Jika dilihat, bangunan ini menerapkan konsep seni bina Moghul dan Moor yang mempunyai nilai sejarah sangat bernilai untuk dihayati oleh rakyat Malaysia terutama golongan muda.

Selain, diterangai dengan limpahan lampu neon berwarna-warni pada waktu malam, tempat bersejarah ini juga selalu menjadi lokasi masyarakat pelbagai kaum termasuk pelancong asing untuk melihat pertunjukan bunga api sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaan.

3. Masjid Ubudiah (Perak)

tempat bersejarah di Malaysia

Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Di mana, masjid ini dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia yang merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak.

Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Sedikit kisah mengenai pembinaan sejarahnya yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah, adalah merupakan masjid nazar. Masjid Ubudiah diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.

Baca juga: Jom Bawa Anak-Anak Ke 15 Destinasi Riadah KL Ini, Tentunya Dekat Dengan MRT & LRT!

tempat bersejarah di Malaysia

4. Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Johor)

Masjid Jamek Sultan Ibrahim, juga dikenali sebagai Masjid Jamek Muar terletak bersebelahan dengan Istana Sultan Johor yang terletak di tepi Sungai Muar, di Bandar Muar. Kerja pembinaan bermula pada 21 Rejab 1343 Hijrah, bersamaan dengan 15 Februari 1925 dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

Masjid berbentuk empat segi dengan lima bumbung berbentuk rabung (bumbung perabung lima) ini direka oleh Sulaiman bin Haji Alias, seorang pelukis di Johor. Masjid yang indah dengan gabungan pengaruh barat tradisional ini telah dirasmikan oleh KDYMM Tengku Ismail Tengku Mahkota Johor pada 28hb Februari 1930.

Nama asal masjid ini ialah Masjid Maharani Muar tetapi pada tahun 1984 ia telah ditukar sempena sambutan ulang tahun ke-100 pekan Muar.

tempat bersejarah di Malaysia

5. Muzium Negara (Kuala Lumpur)

Muzium Negara ialah sebuah muzium yang terletak berhampiran Taman Tasik Perdana di Jalan Damansara di Kuala Lumpur, Malaysia. Muzium ini memberi gambaran keseluruhan sejarah dan budaya masyarakat di Malaysia yang dibangunkan di atas tapak Muzium Selangor semasa tahun 1906-1945.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada tahun 1963. Reka bentuk bangunan Muzium Negara adalah berdasarkan seni bina istana Raja-raja Melayu dan masyarakat Melayu tempatan.

tempat bersejarah di Malaysia

6. Stesen Keretapi Ipoh (Perak)

Menariknya mengenai Stesen Keretapi Ipoh ini, ia dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh, Perak kerana keunikan rupa bentuknya yang menjadi tarikan para pelancong di negeri tersebut.

Sementara itu, bertentangan kawasan kereta api ini terdapat sebuah dataran yang penuh sesak dengan keluarga pada malam hari yang kini dijenamakan sebagai Warisan Square Ipoh. Selain terdapat tugu didirikan di tengah-tengah, ia juga lokasi menarik untuk bawa seisi sekeluarga meluangkan masa disitu sambil dihiasi air pancut, lampu berwarna-warni dan pelbagai aktiviti menarik.

tempat bersejarah di Malaysia

7. Seri Menanti (Negeri Sembilan)

Seri Menanti merupakan salah satu mukim dalam Daerah Kuala Pilah. Ia merupakan bandar diraja negeri Negeri Sembilan. Di mana, reka bentuk Seri Menanti dipengaruhi oleh seni bina masyarakat Minangkabau.

Kini, ia telah menjadi Muzium Diraja yang mempamerkan koleksi kerabat Diraja. Lembaga Muzium Negeri adalah badan yang bertanggungjawab ke atas kerja-kerja pentadbiran muzium.

Baca juga: DIY Aksesori HARI MERDEKA. Sanggul Lintang, Sampin & Tanjak Anak, Jimat & Murah!

Sumber: Laman Web Rasmi Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

FT Image: Laman Web Rasmi Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×