Famili

Jom Bawa Anak-Anak Ke 15 Destinasi Riadah KL Ini, Tentunya Dekat Dengan MRT & LRT!

11
SHARES
taman rekreasi

Musim sekolah kembali lagi! Jika anda masih mencari lokasi riadah untuk meluangkan masa bersama anak-anak, apa kata masukkan 15 senarai taman rekreasi di bawah ini di dalam list anda.

Menariknya, lokasi yang terletak di bandar metropolitan Kuala Lumpur ini, mudah diakses dengan hanya menggunakan pengangkutan awam sahaja. Antaranya kemudahan MRT, LRT, Monorel dan Bas Rapid Transit. Sekaligus, masa keemasan anda bersama keluarga tidak terbuang begitu sahaja di dalam kesesakan jalan raya.

Jom lihat senarai taman rekreasi di bawah dari SkyscrapersMY!

Baca juga: Wow! Wanita Ini Kongsi Tips Bawa 7 Orang Anak Perempuan Travel Luar & Dalam Negara!

TAMAN REKREASI

taman rekreasi

Gambar: Ihsan Wikipedia

Senarai taman-taman riadah di sekitar Kuala Lumpur yang boleh dicapai kurang 15 minit berjalan kaki dari stesen MRT, LRT, Monorel dan Bas Rapid Transit. 

1. Taman Tasik Perdana

  • Stesen: MRT Muzium Negara (Pintu B)
  • Jarak: 350m
  • Masa: 5 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.

2. KL Bird Park

  • Aktiviti: Riadah
  • Stesen: MRT Muzium Negara (Pintu B)
  • Jarak: 1.1 kilometer
  • Masa: 15 minit
  • Harga tiket: Dewasa (MyKad) – RM35, Kanak-kanak/warga emas (MyKad) – RM15. Tanpa MyKad – RM85 (Dewasa), RM60 (Kanak-kanak)

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Masuk melalui Taman Tasik Perdana dari perkarangan Muzium Negara selepas keluar dari Pintu B MRT.

3. Central Rooftop Garden Lalaport

taman rekreasi

Gambar: Ihsan Lalaport Bukit Bintang City Centre

  • Aktiviti: Sukan, riadah dan rekreasi
  • Stesen: LRT Hang Tuah/Monorel Hang Tuah
  • Jarak: 180 meter
  • Masa: 3 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Masuk melalui mall Lalaport dari stesen atau melalui tangga di bahagian luar mall.

4. Taman Hang Tuah

  • Aktiviti: Sukan, riadah dan rekreasi
  • Stesen: LRT Hang Tuah/Monorel Hang Tuah
  • Jarak: 50 meter
  • Masa: 1 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Terletak di bawah jejantas di Pintu C LRT Hang Tuah.

Baca juga: Ini 5 Kelebihan Bawa Keluarga Pergi Bercuti- Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

5. Urban Skate Plaza by Vans

  • Aktiviti: Sukan, riadah dan rekreasi
  • Stesen: LRT/MRT Ampang Park (Pintu B)
  • Jarak: 165 meter
  • Masa: 3 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.

6. KLCC Park

  • Aktiviti: Joging, riadah dan rekreasi
  • Stesen: LRT KLCC, LRT Kampung Baru, MRT Persiaran KLCC
  • Jarak: 280 meter, 1.1 kilometer, 700 meter,
  • Masa: 3 minit, 15 minit, 8 minit

LRT KLCC/Kampung Baru: Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.

MRT Persiaran KLCC: Sederhana mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.

7. Dataran Merdeka – River of Life

  • Aktiviti: Riadah
  • Stesen: LRT Masjid Jamek
  • Jarak: 500 meter
  • Masa: 6 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.

8. Taman Pudu Ulu

  • Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
  • Stesen: LRT/MRT Maluri (Pintu D)
  • Jarak: 800 meter
  • Masa: 10 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.

9. KL Sports City (Stadium Nasional Bukit Jalil)

taman rekreasi

  • Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
  • Stesen: LRT Bukit Jalil
  • Jarak: 40 meter
  • Masa: 1 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.

10. Bukit Komanwel

  • Aktiviti: Hiking, joging, riadah dan rekreasi
  • Stesen: LRT Bukit Jalil
  • Jarak: 450 meter
  • Masa: 6 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Namun, laluan ke atas bukit tidak terurus, terpencil, dan sedikit menyeramkan. Tidak digalakkan naik ke bukit bersendirian.

Baca juga: Tips ‘Packing’ Melancong Anak Ramai. Kemas & Teratur, 3 Beg Besar Je!

11. Taman Jaya

  • Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
  • Stesen: LRT Taman Jaya
  • Jarak: 550 meter
  • Masa: 7 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.

12. Taman Bandaran Kelana Jaya

  • Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
  • Stesen: LRT Glenmarie
  • Jarak: 800 meter
  • Masa: 10 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Lokasi bersebelahan Stadium MBPJ (Stadium sementara Selangor FC).

13. Sunway Lagoon

taman rekreasi

Gambar: Ihsan Malaysia Truly Asia

  • Aktiviti: Riadah dan rekreasi
  • Stesen: BRT Sunway Lagoon
  • Jarak: 700 meter
  • Masa: 8 minit
  • Harga tiket: Dewasa (MyKad) – RM160, Kanak-kanak/Warga emas (MyKad) – RM135. Tanpa MyKad – RM220 (Dewasa), RM185 (Kanak-kanak/Warga emas). Masuk percuma untuk kanak-kanak ketinggian bawah 90cm

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman tema. Ikut sahaja papan tanda pada laluan pejalan kaki berbumbung

14. Taman Jogging Seksyen 2, Putra Heights

  • Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
  • Stesen: LRT Alam Megah
  • Jarak: 650 meter
  • Masa: 8 minit

Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.

15. Taman Tasik Titiwangsa

  • Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
  • Stesen: MRT Hospital Kuala Lumpur (Pintu B)
  • Jarak: 850 meter
  • Masa: 10 minit

Sederhana mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.

Sebelum anda memulakan perjalanan, jangan lupa untuk muat turun Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang (gambar bawah) di sini.

taman rekreasi

Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman & Tips Perjalanan Naik Sleeper Train Dari KL Sentral

Sumber: SkyscrapersMY

FT Image: Lalaport Bukit Bintang City Centre / Mohd Hazli Hassan – TheVibes / rMalysia / Timeout / Wikipedia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×