Famili

Lelaki Kongsi Prosedur & Pengalaman Bawa Mak Guna ‘Wheelchair’ Naik Kapal Terbang

45
SHARES

Tidak semua orang tahu dan tidak semua orang juga pernah melaluinya. Setiap situasi yang dihadapi pasti memerlukan pengalaman pertama kali untuk belajar perkara yang baru.

Ini termasuklah sebuah perkongsian seorang individu yang berhati mulia, di mana beliau berkongsikan info mengenai keseluruhan prosedur membawa maknya yang menggunakan kerusi roda untuk menaiki kapal terbang. Menurutnya, setelah berusaha mencari maklumat diperlukan, beliau mendapati ianya sukar untuk diperolehi tanpa melalui pengalaman itu sendiri.

Disebabkan itu, saudara Mohd Yazid Ismail berniat berkongsi pengalamannya itu untuk manfaat masyarakat di luar sana. Terima kasih!

Baca juga: Pertama Kali ‘Travel’ Bawa Tiga Anak Kecil, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman & Tips Ke Switzerland!

PENGALAMAN BAWA MAK BERKERUSI RODA NAIK KAPAL TERBANG

Saya bawa mak ke KL naik AirAsia. Mak berkerusi roda. Sebelum beli tiket, saya cuba search procedure cara urusan dari beli tiket hingga arrival bagi penumpang yang guna wheelchair, tapi tak ada orang share info yang saya cari.

Jadi saya nak berkongsi supaya bila ada orang search akan jumpa info ni.

1. Beli tiket macam biasa. Tak perlu click pilihan wheelchair, sebab guna wheelchair sendiri. Bukan nak guna wheelchair Airasia.

2. Check-in pun sama macam biasa. Melalui app AirAsia. Juga tak perlu click pilihan wheelchair masa check in melalui app. Saya ingat hanya kena check-in di kaunter tanpa perlu check in guna app.

Tapi staff kata kena check in melalui app juga. Maknanya boleh check in beberapa hari sebelum berlepas. Saya checkin tanpa pilih seat. Dapat seat 23C dan 23D. Mak tak mampu nak berjalan ke seat sejauh tu.

Gambar hiasan: Ross Parmly – Unsplash.

3. Sejam sebelum departure kena pergi ke kaunter checkin luggage untuk bagitahu ada bawa penumpang dengan wheelchair. Staff akan ajar cara boarding. Guna laluan khas. Akan ada staff yang iringi ke laluan khas.

4. Kerusi roda ditinggalkan di depan pintu pesawat. Staff akan bawa turun untuk dimasukkan ke ruangan bersama luggage

5. Oleh sebab mak tak boleh berjalan ke seat jauh, staff tukar bagi seat 2E dan 2F. Kalau seat depan dah penuh, staff akan gunakan wheelchair Airasia yang kecil muat untuk lalu tengah aisle.

6. Bila dah sampai. Penumpang berwheelchair diminta untuk keluar pesawat paling akhir. Staff akan letakkan kembali kerusi roda kita di depan pintu pesawat.

Alhamdulillah senang tanpa ada bayaran tambahan. Sebelum ni saya ingat kena bayar extra caj. Alhamdulillah, Allah mudahkan pengalaman pertama ni.

NETIZEN TERHARU ATAS KEBAIKAN BELIAU BERKONGSI INFO BERMANFAAT INI!

Menjengah di ruangan komen, ternyata ramai dalam kalangan netizen berterima kasih atas perkongsian bermanfaat ini ekoran kekurangan info mengenainya.

Malah, netizen turut bersyukur atas kebaikan yang dilakukan oleh saudara Yazid Ismail kerana memudahkan urusan orang lain dan mendoakan kesihatan yang baik buat ibunya. Sungguh mengharukan!

PENGALAMAN NETIZEN MENGGUNAKAN KHIDMAT KERUSI RODA DARI PELBAGAI SYARIKAT PENERBANGAN

Terdapat juga pengalaman yang dikongsikan oleh individu-individu yang pernah menggunakan khidmat kerusi roda di beberapa syarikat penerbangan lain, selain AirAsia.

Anda tidak perlu risau lagi, boleh lah bawa ahli keluarga yang menggunakan kerusi roda berkunjung ke luar negara dengan hati yang tenang. Memang terbaik perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Terima kasih!

Sumber: Facebook Mohd Yazid Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×