Euforia Bola 2026
Rakyat

Tak Pening Cari Parking! Rapid KL Sediakan 95 Bas Percuma Ke Litar Sepang, INI Info Lengkap 2-4 Oktober

rapid kl

Kalau dah lama tunggu acara perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang, kali ini tak perlu terlalu risau tentang kesesakan atau masalah mencari tempat letak kereta kerana Rapid KL menyediakan bas khas secara percuma untuk pengunjung.

Perkhidmatan berkenaan disediakan sempena acara perlumbaan antarabangsa yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026, sekali gus memudahkan peminat untuk bergerak ke kawasan litar.

Baca juga: Tiket F1 GP Bahrain Dari RM200, Tapi Nak Pilih Zon Mana? Ini Harga & Pemandangan Setiap Kawasan!

BAS PERCUMA RAPID KL KE LITAR SEPANG (2-4 OKTOBER)

bas percuma rapid kl

Gambar hiasan: BERNAMA

95 bas khas disediakan

Menerusi kerjasama bersama Sepang International Circuit, sebanyak 95 bas perantara khas akan beroperasi secara percuma sepanjang acara berlangsung kepada peminat sukan permotoran tanah air.

Bas berkenaan akan bergerak secara ulang-alik bagi membawa pengunjung dari beberapa lokasi tumpuan ke kawasan litar.

Selain memudahkan perjalanan, kemudahan ini juga boleh menjadi pilihan buat mereka yang mahu mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian ketika acara berlangsung.

Ini 3 lokasi pick-up yang disediakan

Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan bas percuma itu dari tiga lokasi yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Hab Bas Aras 1, KLIA Terminal 2
  2. Hab Bas, Mitsui KLIA
  3. De-Village, Persiaran Millenia 2, Bandar Baru Enstek

Bas akan beroperasi dari 7 pagi hingga 12 tengah malam pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh acara.

Jadi, pengunjung mempunyai tempoh yang panjang untuk menggunakan kemudahan tersebut mengikut perancangan perjalanan masing-masing.

Bukan itu sahaja, Rapid KL turut menyediakan bas perantara di dalam kawasan litar bagi membantu pengunjung bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa perlu berjalan jauh.

rapid kl

Gambar: Rapid KL

Baca juga: “Kenapa Bukan Mandalika?”- Tular Netizen Indonesia Persoal Kenapa Litar Sepang Dipilih, Ini Fakta Ramai Tak Tahu

Bas diperiksa, keselamatan diberi keutamaan

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Syahrul Azmir Ahmad Zaki berkata, penyediaan perkhidmatan berkenaan mencerminkan komitmen Rapid KL dalam menyokong penganjuran acara bertaraf antarabangsa di Malaysia.

Pada masa sama, inisiatif itu turut menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ketika menghadiri acara berkenaan.

Keselamatan pengunjung juga menjadi antara perkara yang diberi perhatian. Semua bas yang terlibat akan menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum dan sepanjang perkhidmatan beroperasi.

Petugas Rapid KL turut ditempatkan di lokasi strategik sekitar kawasan acara bagi membantu pengunjung serta mengawal pergerakan orang ramai.

Buat yang merancang untuk hadir, sebaiknya semak perjalanan lebih awal dan ikuti arahan petugas di lokasi supaya urusan keluar masuk ke kawasan litar lebih lancar.

rapid kl

Gambar: Rapid KL

Sumber: Threads Rapid KL

FT Image: Rapid KL

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×