Euforia Bola 2026
Percutian

“Kenapa Bukan Mandalika?”- Tular Netizen Indonesia Persoal Kenapa Litar Sepang Dipilih, Ini Fakta Ramai Tak Tahu

litar sepang

Pengumuman litar Sepang sebagai tuan rumah gantian Grand Prix Bahrain musim 2026 bukan sahaja menggembirakan peminat sukan permotoran di Malaysia, malah turut mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan warga maya Indonesia yang mempersoalkan mengapa Formula 1 tidak memilih Litar Mandalika.

Baca juga: “Katanya Kids Friendly?”- Rusa Tiba-Tiba Menggigit Anak Ketika Diusap, Ibu Kongsi Detik Cemas

LITAR SEPANG DIPILIH SEBAGAI GRAND PRIX BAHRAIN MUSIM 2026

litar sepang

Gambar media sosial: Litar Mandalika

Perbincangan itu bermula selepas seorang pengguna Threads dari Indonesia, @fatihalkhodhi_, memuat naik satu hantaran yang bertanyakan apakah faktor yang membolehkan Formula 1 kembali ke Malaysia dan kenapa tidak Mandalika.

“Selain statusnya sebagai pengganti Bahrain, apa yang membolehkan Formula 1 kembali ke Sepang? Kenapa perlumbaan itu tidak diadakan di Mandalika?” tulisnya.

Hantaran itu kemudian menerima pelbagai respons daripada warga maya yang menjelaskan bahawa pemilihan venue Formula 1 mengambil kira pelbagai aspek teknikal, logistik dan pengalaman penganjuran.

Warga maya jelaskan mengapa Sepang lebih sesuai

Di ruangan komen, ramai menjelaskan bahawa litar Sepang bukan venue baharu buat Formula 1 kerana pernah menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia selama 19 musim berturut-turut dari tahun 1999 hingga 2017.

Sementara itu, pemilik akaun lain menjelaskan Formula 1 hanya boleh dianjurkan di litar yang memenuhi piawaian tertentu iaitu pensijilan FIA Gred 1.

Seorang lagi pengguna berkata pembangunan Mandalika sejak awal lebih tertumpu kepada MotoGP berbanding Formula 1.

6 FAKTOR MENGAPA LITAR SEPANG DIPILIH

Menurut laporan media tempatan, terdapat beberapa faktor utama yang menjadikan litar Sepang sebagai pilihan paling praktikal untuk menjadi tuan rumah Grand Prix Bahrain musim 2026.

1. Logistik bertaraf dunia

  • Litar Sepang terletak hanya sekitar lima hingga 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  • Penghantaran kira-kira 1,500 hingga 2,000 tan peralatan Formula 1 dapat dilakukan dengan lebih pantas dan efisien
  • Berbanding Mandalika, kebanyakan peralatan perlu melalui Lapangan Terbang Lombok yang mempunyai kapasiti kargo lebih kecil

2. Kedudukan strategik dalam kalendar Formula 1

  • Sepang berada di antara Grand Prix Azerbaijan dan Singapura dalam kalendar Formula 1 musim 2026
  • Susunan ini memudahkan proses penghantaran logistik tanpa memerlukan perjalanan jauh merentasi benua

3. Infrastruktur yang sudah terbukti

  • Pernah menjadi tuan rumah Formula 1 selama 19 musim berturut-turut
  • Mempunyai garaj moden, paddock bertaraf dunia, pusat media antarabangsa dan sistem penyiaran lengkap mengikut spesifikasi FIA
litar sepang

Gambar media sosial: Litar Antarabangsa Petronas Sepang

4. Kemudahan penginapan yang lebih lengkap

  • Ribuan bilik hotel tersedia di sekitar KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur
  • Akses lebuh raya serta pengangkutan awam memudahkan pergerakan pasukan, media dan penonton

5. Pengalaman luas menganjurkan kejohanan antarabangsa

Selain Formula 1, Sepang turut menjadi venue pelbagai kejohanan seperti:

  • MotoGP
  • GT World Challenge
  • Perlumbaan endurance antarabangsa

Pengalaman ini memudahkan operasi kerana kebanyakan pasukan sudah biasa dengan fasiliti di Sepang.

6. Mandalika dibangunkan dengan fokus berbeza

  • Mandalika terkenal dengan panorama yang indah dan menjadi venue utama MotoGP
  • Namun, pembangunan litar itu sejak awal lebih menjurus kepada sektor pelancongan dan MotoGP berbanding Formula 1
  • Banyak aspek operasi berskala Formula 1 juga masih belum diuji di litar tersebut

Atas faktor-faktor itu, litar Sepang dilihat memenuhi keperluan Formula 1 sebagai lokasi paling sesuai untuk menjadi tuan rumah perlumbaan khas Grand Prix Bahrain musim 2026, sekali gus menandakan kembalinya perlumbaan berprestij itu ke Malaysia selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 2017.

Baca juga: Baru Dinobat Juara Piala Dunia 2026, Ini 5 Fakta Unik & ‘Wow’ Tentang Sepanyol Ramai Tak Pernah Tahu!

TARIKAN MENARIK DI SEKITAR SEPANG

Kembalinya perlumbaan Formula 1 ke litar Sepang bukan sahaja memberi impak kepada dunia permotoran, malah dijangka merancakkan sektor pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Bagi peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara yang datang menyaksikan perlumbaan, terdapat pelbagai destinasi menarik di sekitar Sepang yang boleh dikunjungi bersama keluarga.

Antara lokasi yang menjadi pilihan ialah:

  1. Mitsui Outlet Park KLIA Sepang: Syurga membeli-belah yang menempatkan pelbagai jenama antarabangsa dengan tawaran harga outlet.
  2. Pantai Bagan Lalang: Destinasi popular untuk menikmati makanan laut segar sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang cantik.
  3. Ladang Buah Naga Sepang: Pengunjung boleh melihat sendiri proses penanaman buah naga serta membeli hasil segar terus dari ladang.
  4. Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA: Masjid ikonik dengan seni bina moden yang sering menjadi persinggahan pelancong.
  5. Xiamen University Malaysia: Kampus universiti pertama dari China di luar negara yang terkenal dengan seni bina moden dan landskap yang menarik.
  6. Putrajaya: Terletak kira-kira 20 hingga 30 minit dari Sepang, pengunjung boleh melawat Masjid Putra, Dataran Putra, Jambatan Seri Wawasan dan menikmati pelayaran di Tasik Putrajaya.
  7. Cyberjaya: Bandar pintar yang menawarkan pelbagai pilihan kafe, taman rekreasi serta lokasi santai untuk seisi keluarga.

Dengan lokasi litar Sepang yang hanya beberapa minit dari KLIA serta akses mudah ke Putrajaya dan Kuala Lumpur, peminat Formula 1 berpeluang menggabungkan pengalaman menyaksikan perlumbaan bertaraf dunia dengan percutian di beberapa destinasi menarik di Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sumber: Threads @fatihalkhodhi_ / Stadium ASTRO

FT Image: F1 / Kosmo!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×