Deko & Hias

DIY Aksesori HARI MERDEKA. Sanggul Lintang, Sampin & Tanjak Anak, Jimat & Murah!

23
SHARES
hari merdeka

Hari Merdeka, tanggal 31 Ogos merupakan sambutan peristiwa bersejarah penting yang sering dinantikan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, ia mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini yang meraikannya melalui pelbagai cara termasuklah memakai busana merdeka yang indah.

Maka tidak hairan juga, setiap tahun ramai ibu bapa yang sanggup mengeluarkan wang dan mencari idea untuk menghasilkan pakaian merdeka buat anak-anak mereka. Disebabkan mencari set lengkap yang berkenan di hati amat lah sukar, apa kata anda ikuti idea DIY aksesori merdeka seperti di bawah ini bagi melengkapi fesyen pakaian merdeka anak anda.

Baca juga: Wow! Tak Sangka 7 Teknik ‘Tersembunyi’ Ini Sangat Berguna & Mudahkan Kehidupan Harian!

HARI MERDEKA

hari merdeka

1. Sanggul lintang oleh Hanie Azmi

Assalamualaikum. Jom tengok DIY semalam, benda mudah saja boleh dapat dekat kedai barangan jahitan. Balik balik zass zass dua tiga minit, dapat lah sanggul lintang untuk anak-anak dara ini melaram Hari Merdeka nanti.

Sempat lagi nak buat tu. Tak dapat baju merdeka, pakai sanggul lintang ini dengan baju sekolah pun dah cantik, lepas itu kibar bendera. Ish ish comel kan!

Ini saya kongsikan cara paling mudah nak buat sanggul lintang, kos tak sampai rm20 pun dah dapat 2 set sanggul lintang.

Bahan-bahan:

hari merdeka

  • Daun gold
  • Dawai gold
  • Gam uhu
  • Cekak rambut
  • Gunting

Cara-cara pembikinannya:

hari merdeka

Macam daun ini, dawai halusnya itu lipat saja ke belakang kelopak daun. Senang, tak perlu nak potong-potong guna cutter. Lekatkan dawai gold dengan daun tersebut.

Macam ini lah rupanya setelah digam. Daun pendek anggaran dawai gold dia 3 inci. Ukuran terpulang masing-masing, saya cuma guide saja sebab kadang orang confused nak agak, jadi saya tolong agakkan.

Daun double ini anggaran dawai gold tu dalam 6 inci. Kalau rasa nak buat lagi tinggi, tambah saja. Bagi yang ini saya buat dalam 5 set. Kalau nak lagi kembang, lagi banyak boleh tambah sendiri.

Ini pun agak-agak saja. Anggaran susunan pada cekak itu setengah inci ataupun 1 inci. Terpulang anda. Cara nak buat dia, pusing-pusing lah dawai gold itu keliling cekak bagi kemas. Kalau boleh jangan kejap-kejap buka ya nanti dawai tu senang bengkok. Susun secara berselang-seli macam dalam gambar di atas, baru nampak teratur sikit.

Akhir sekali, lilit-lilit dawai halus gold disekeliling cekak untuk mencantikkan lagi sanggul lintang. Saya guna jari saja tapi kena hati-hati sebab dawai itu boleh tercucuk jari. Nak guna playar untuk kekemasan, terpulang dekat korang.

Dah siap! Saya buat 2 set untuk 2 anak dara saya. Modal cuma rm15.50 dapat 2 sanggul lintang simple macam ini. Boleh anak-anak melaram sempena hari merdeka nanti ya.

Baca juga: Cara DIY Cermin Mata Elak Kabus, Suhu Air Main Peranan!

2. Sampin merdeka oleh Shuhaizah Sakaria

hari merdeka

Assalamualaikum, saya nak kongsi tutorial samping DIY dari tudung merdeka para emak. Semoga bermanfaat bagi kita mak mak yang tak jumpa lagi baju merdeka dan lagi penting caranya jimat.

Cara-caranya:

  1. Tudung ini saya lipat dua kemudian jahit sarung.
  2. Masa nak pakai samping tu anak-anak hanya pakai macam kain sarung saja.
  3. Kemudian ikat mati di bucu tapi ketatkan sikit ya.
  4. Lepas itu adjust lah ikatan itu macam bunga-bunga sikit.

 

hari merdeka

Tudung saya jahit macam ini.

Anda boleh lihat video cara pemakaian sampin anak dari bahan tudung merdeka yang telah siap dijahit sarung tadi di sini.

Baca juga: Cara Basuh Seluar Jeans Supaya Tak Cepat Lusuh, Nampak Macam Baru!

3. Tanjak merdeka oleh Aeyn Afidil dan Asiah Salleh

hari merdeka

Saya hanya berkongsi idea bagi yang tak mampu nak beli mahal-mahal tanjak merdeka.

Bahan-bahan:

  • Tudung merdeka saiz budak
  • Seterika
  • Kertas gam

Saya DIY sendiri tak ada jahit pun tapi kalau anda nak kemas boleh jahit. Mak-mak ini tutorial buat tanjak macam saya buat ini, yang mana tak paham boleh tengok video di bawah.

Video penuh oleh Asiah Salleh:

Melalui perkongsian video Puan Asia Salleh di atas, anda perlu membeli bahan-bahan membuat tanjak merdeka seperti:

  • 1 meter kain setiap warna pada jalur gemilang
  • Kertas keras buat beg kod cs 5530

Cara-caranya:

hari merdeka

Kain beli 1 meter setiap warna dan guna dalam 0.5 meter lebih sahaja. Garis putih panjang 73 cm, garis hijau 102 cm, iron… kertas keras akak memang guna kod cs 5530, kertas buat beg.

hari merdeka

Kemudian, jahit kiri dan kanan. Bahagian panjang lipat ke dalam, terbalikkan jahit keliling tiga segi. Kain kuning lipat ke dalam. Lipat sampai dapat 3 tingkat.

Baca juga: Baju Putih Bertukar Warna? Cuci Guna 1 Bahan Magik Ini, Auto Hilang Nampak Baru!

Sumber: Hanie Azmi / Shuhaizah Sakaria / Aeyn Afidil / Asiah Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×