Deko & Hias

Ini Cara Nak Buat Botol Kaca Tanpa Pengawet, Sambal Tahan 6 Bulan!

20
SHARES
langkah pembotolan botol kaca

Bukan senang ya, nak dapat ilmu pembotolan botol kaca ini. Seperti mana dikongsikan oleh seorang peniaga sambal Puan Nurul Fazliana yang sudi berkongsikan langkah pembotolan botol kaca sambalnya.

Menurut Puan Nurul, proses yang digunakan tidak menggunakan bahan pengawet. Malah, sambal itu boleh bertahan sehingga 6 bulan dengan suhu bilik. Wahhh, ini ilmu bagus dan berguna buat para penjual sambal di luar sana. Jom lihat langkah-langkah di bawah.

Baca juga: Tak Payah Stres Lagi Bila Pakaian Kena Kesan Kunyit, Ini Cara Paling ‘Menjadi’ Anda Boleh Guna!

LANGKAH PEMBOTOLAN BOTOL KACA SAMBAL

langkah pembotolan botol kaca

Jom nak kongsi macam mana cara saya bottling produk sambal tanpa menggunakan bahan pengawet. Insha Allah, boleh bertahan selama 6 bulan di luar dengan suhu bilik. Semoga bermanfaat kepada kawan-kawan semua.

LANGKAH-LANGKAH PEMBOTOLAN BOTOL KACA SAMBAL TANPA PENGAWET

langkah pembotolan botol kaca

1. Botol-botol ini mesti kena basuh dahulu sebelum direbus.

2. Masukkan air ke dalam periuk besar dan biar ia sehingga menggelegak.

3. Setelah itu, masukkan botol-botol kaca tersebut ke dalam periuk tadi dengan berhati-hati dan tersusun. Gunakan penyepit khas untuk mengapit botol kaca itu.

langkah pembotolan botol kaca

4. Tutup periuk dengan penutup periuk dengan rapat dan rebuskan mereka selama 20 minit

5. Selepas 20 minit, anda akan terdengar bunyi botol-botol itu direbus. Keluarkan satu-satu dengan berhati-hati tanpa ada air dari botol kaca tersebut.

6. Pastikan botol kaca itu dalam keadan terlangkup atau terbalik apabila ia dikeluarkan.

langkah pembotolan botol kaca

7. Kemudian rebuskan penutup botol kaca tersebut selama 20 minit.

8. Apabila botol kaca sudah betul-betul kering dan suhunya pun suam, boleh masukkan sambal. Sambil itu, panaskan air dalam periuk kukus sehingg menggelegak.

9. Setelah air kukusan menggelegak, susun botol kaca berisi sambal yang telah ditutup ketat ke dalam periuk kukusan dengan berhati-hati. Kemudian tutup rapat-rapat periuk tersebut. Kukus selama 20 minit.

langkah pembotolan botol kaca

10. Apabila sambal dalam botol kaca dah sejuk, barulah langkah seterusnya iaitu melabelkan botol kaca.

11. Anda yang berniaga boleh mengedap botol kaca dengan plastik seal dan tiupkan dengan hot air blow gun.

langkah pembotolan botol kaca

Dah siap! Boleh lah anda berniaga sambal lepas ini dan nak buat stok simpanan sendiri pun boleh. Terima kasih Puan Nurul atas ilmu ini!

Sumber: Facebook Nurul Fazliana via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×