Didik

JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini Pada Jalur Gemilang, Bendera Rasmi Lambang Negara Malaysia!

9
SHARES
cara menghormati Jalur Gemilang

Jalur Gemilang merupakan nama rasmi kepada bendera Malaysia yang mengandungi 14 jalur merah dan putih, selain lambang anak bulan dan bintang 14 bucu di dalam kanton. Disebabkan bendera negara adalah lambang negara, maka cara menghormati Jalur Gemilang ini perlu disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Mungkin sebahagian daripada anda semua sudah mengetahui ‘pantang larang’ sewaktu Jalur Gemilang berada di atas tangan anda. Namun, apa salahnya jika anda melihat 5 tips menghormati Jalur Gemilang di bawah ini sebagai peringatan untuk menghargainya dengan penuh penghormatan.

Baca juga: DIY Aksesori HARI MERDEKA. Sanggul Lintang, Sampin & Tanjak Anak, Jimat & Murah!

CARA MENGHORMATI JALUR GEMILANG

cara menghormati Jalur Gemilang

Justeru itu, buat pembaca SirapLimau, ini 5 tips hormati Bendera Jalur Gemilang yang berguna untuk anda ikuti seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, baru-baru ini.

Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita harus menghormati Jalur Gemilang kerana bendera negara ialah identiti negara bangsa, lambang kewujudan serta kedaulatan negara. 

JANGAN:

  1. Lap tangan yang kotor menggunakan Jalur Gemilang.
  2. Letak Jalur Gemilang di atas tanah.
  3. Guna Jalur Gemilang sebagai alas meja kecuali sebagai tanda penghormatan, contohnya menutup kereta rasmi semasa acara rasmi.
  4. Berbual ketika Jalur Gemilang dinaikkan dan lagu Negaraku dinyanyikan.
  5. Biarkan Jalur Gemilang meleret ke tanah ketika menurunkannya.

Semoga panduan ini berguna kepada semua rakyat Malaysia yang bakal meraikan Sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos ini.

Baca juga: Bukan Sekadar Lagu Patriotik, Ini 5 Karya Agung Lagu Tema Kemerdekaan Jadi Siulan Ramai

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

FT Image: Murhizy – Pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×