Famili

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-66, Ini Senarai Info Penting Anda Kena Tahu

29
SHARES
merdeka 2023

Bahang sambutan merdeka 2023 semakin dirasai dan rata-rata tidak sabar untuk menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-66 bersama keluarga dan orang tersayang.

Di bawah ini penulis kongsikan beberapa info penting untuk anda diketahui mengenai sambutan yang akan diadakan pada 30 dan 31 ogos 2023. Jom baca.

Baca juga: Senarai Port Camping Menarik Di Semenanjung, Boleh ‘Healing’ Dengan Kawan

SAMBUTAN MERDEKA 2023: INFO PENTING KENA TAHU

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi milik Rapid KL, terdapat beberapa info penting yang anda perlu tahu:

Sambutan Ambang Merdeka

– Akan diadakan di 9 buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Perlis, Perak, Kuala Terengganu, Selangor, Melaka dan Sarawak bermula jam 8.00 malam sehingga 12.00 malam.

– Sempena sambutan Ambang Merdeka 2023, waktu operasi di beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi pada 31 ogos.

merdeka 2023

– Laluan perkhidmatan bas Rapid KL yang dilanjutkan operasi sehingga jam 2.00 pagi sempena Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2023.

merdeka 2023

Sambutan Hari Merdeka 31 Ogos 2023

– Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2023, operasi di semua stesen LRT, MRT dan Monorel akan bermula seawal jam 4 pagi pada 31 Ogos 2023.

Anda disarankan menggunakan kad TnG dan pastikan bagi kand mencukupi untuk kelancaran perjalanan.

– Laluan perkhidmatan bas Rapid KL dan bas perantara LRT/MRT terpilih akan beroperasi jam 4.00 pagi pada 31 Ogos 2023. *Rujuk sini untuk melihat 101 senarai laluan yang terbabit.

– Perkhidmatan shuttle bas di lokasi Pick Up & Drop Off:

merdeka 2023

– Sekiranya anda menaiki kereta, berikut merupakan lokasi tempat letak kereta awam:

merdeka 2023

Pelan tapak sambutan

merdeka 2023

Tema sambutan hari merdeka 2023 adalah “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

Antara acara menarik yang bakal dilaksanakan adalah:

  • Perarakan Kereta Antik Oleh Agrobank
  • ARMY RED WARRIOR (TENTERA DARAT MALAYSIA)
  • Aksi Terjunan Tepat 69 KOMANDO PDRM VAT69.
  • 36 Kumpulan Pancaragam akan mengiringi Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023
  • Perarakan Kereta Berhias
  • Perarakan daripada badan berkannun dan unit beruniform

Ayuh kita semarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula jam 7.00 pagi. Orang ramai dinasihatkan untuk datang awal bagi mengelakkan kesesakan.

Baca juga: Hati-Hati Bercuti Ke Kundasang, Kalau Pertama Kali Kena Baca Tips Ini Dulu

Sumber: Instagram MyRapidKL & Facebook Perbadanan Putrajaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×