Berita gembira sempena bulan Kemerdekaan ini adalah, perkhidmatan teksi air dan ‘cruise’ tasik akan disediakan sebagai medium pengangkutan orang ramai untuk ke acara sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini!
Jadi, buat anda yang merancang untuk hadir di sambutan Hari Kebangsaan kelak, ini apa yang anda patut ambil tahu.
Baca juga: Berjaya ‘Tawan’ Hati Puteri Raja, Ini Serba Sedikit Trivia Tentang FD Idzham FD Iskandar
TEKSI AIR DAN CRUISE PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-67
Jurutera Perbadanan Putrajaya, Faridz Amli Shaharudin berkata pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan itu secara percuma boleh menaiki di tiga tempat yang dikhususkan iaitu teksi air di jeti Kelab Tasik Putrajaya dan jeti Ayer 8, manakala cruise tasik di jeti Marina.
Selain itu, beliau berkata tiga kawasan parkir utama turut disediakan iaitu di :
-Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang boleh memuatkan hingga 1,200 kenderaan
-Sekitar Taman Botani dan Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
-Putrajaya Sentral
Malah menurutnya lagi, 80 buah bas ulang alik turut disediakan iaitu 40 bas dua tingkat dan 40 bas setingkat. Amat disarankan orang ramai menggunakan pengangkutan awam kerana pada tahun ini kerana tidak benarkan kenderaan masuk kerana core island akan ditutup keseluruhannya.
Faridz Amli berkata kapasiti tempat duduk awam juga ditambah kepada 8,000 tahun ini berbanding 4,000 tahun lepas untuk membolehkan orang ramai menyaksikan pelbagai persembahan termasuk perarakan aset dan kontinjen.
Bagi pengunjung yang mula ‘berkampung’ pada malam sebelum acara sambutan, beliau berkata dua lokasi menjual makanan disediakan seawal 8 malam iaitu di kawasan bangunan Suruhanjaya Tenaga dan Tapak Royal Floria Putrajaya yang menghimpunkan sekitar 162 peniaga serta dua lokasi trak makanan bergerak di Lebuh Bestari dan Jalan Kemerdekaan.
Beliau berkata Perbadanan Putrajaya selaku Jawatankuasa Logistik dan Persiapan Tempat sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos turut menyediakan kemudahan lain seperti khemah perubatan, surau dan tandas bergerak untuk keselesaan pengunjung.
Jom ramai-ramai!
Baca juga: Terpaling Ikut Trend, Ustaz Jelas Hukum Pakai Tudung Nampak Leher Walaupun Kepala Tutup
Sumber: Buletin TV3