Nur

Senarai Masjid Yang Dekat Dengan MRT Laluan Kajang & Putrajaya, Jalan 10 Minit Je Sampai!

2
SHARES
mrt laluan

Tibanya bulan Ramadan, ramai dalam kalangan kita akan berpusu-pusu mengimarahkan rumah Allah iaitu masjid untuk menunaikan solat tarawih. Namun, bukan semua dalam kalangan kita yang mempunyai kenderaan dan tinggal berdekatan dengan masjid. Jangan risau, dengan adanya pelbagai kemudahan pengangkutan seperti tren MRT di Lembah Klang ini, jom kita semak MRT laluan mana yang berdekatan dengan masjid.

Ini bagi memudahkan anda untuk merancang perjalanan sama ada menunaikan solat tarawih atau berbuka puasa (iftar) di masjid secara beramai-ramai. Seronok!

Baca juga: Cara Ganti (Qada) Solat Fardhu Ikut Imam Solat Tarawih, Baru Tahu!

MRT LALUAN KAJANG DAN PUTRAJAYA YANG DEKAT DENGAN MASJID

mrt laluan

Foto: MRTCorp

Kami kongsikan senarai masjid berdekatan stesen MRT yang jarak dalam 10 minit sahaja berjalan kaki untuk memudahkan anda merancang perjalanan.

MRT LALUAN KAJANG

1.Stesen MRT Pasar Seni

-Masjid Negara : Melalui jejantas ke KTM Kuala Lumpur

2.Stesen MRT Merdeka

-Masjid Al-Sultan Abdullah : Keluar Pintu B

3.Stesen MRT Cochrane

-Masjid Jamek Alam Shah : Keluar Pintu A

4.Stesen MRT Sri Raya

-Masjid Kariah Batu 10 Cheras : Keluar Pintu B

5.Stesen MRT Bukit Dukung

-Surau Al-Falah : Keluar melalui jejantas Park N’Ride

6.Stesen MRT Kajang

-Masjid India Kajang : Keluar Pintu A

MRT LALUAN PUTRAJAYA

1.Stesen MRT Sungai Buloh

-Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh : Keluar Pintu A

2.Stesen MRT Kepong Baru

-Surau Al-Islah Ad-Diniyah : Keluar Pintu B

3.Stesen MRT Kampung Batu

-Masjid Abu Hurairah Kampung Batu : Keluar Pintu A (melalui jejantas ke Jalan Kampung Batu)

4.Stesen MRT Titiwangsa

-Masjid Bulatan Pahang (Balai Islam)- Keluar Pintu B

5.Stesen MRT Ampang Park

-Surau Tabung Haji : Keluar Pintu B

6.Stesen MRT Persiaran KLCC

-Masjid Asy-Syakirin : Keluar Pintu C

7.Stesen MRT Sungai Besi

-Masjid Jamek Ibnu Khaldun : Keluar Pintu C

8.Stesen MRT Serdang Raya Utara

-Masjid Al-Islah Serdang Raya : Keluar Pintu A

9.Stesen MRT Taman Equine

-Surau Surau Al-Munawwarah, Seri Kembangan : Keluar Pintu A

mrt laluan

Foto: Travel Triangle

*Selamat beribadah!

Baca juga: Hukum Wanita Laungkan Azan Sebelum Tunai Solat Jemaah, Perlu Atau Tidak?

Sumber: X @MRTCorp

Foto: Islamic Tourism Centre

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×