Famili

Lokasi Bazar Raya ‘Best’ 2024 Dekat Dengan MRT Kajang/Putrajaya, Boleh Shopping Puas Puas!

3
SHARES
bazar raya

Nampaknya tidak lama lagi, kita akan menyambut dengan meriah ketibaan Hari Raya Aidilfitri dan sudah semestinya banyak persediaan telah dilakukan. Dari sebelum puasa lagi, ramai dalam kalangan kita telah berkunjung ke bazar raya untuk membeli kelengkapan seperti baju raya, kasut dan kuih raya. Tapi, masih ada yang belum cukup!

Buat anda yang masih belum lengkap persiapan menyambut Hari Raya, apa kata hujung minggu ini berkunjung ke lokasi bazar raya yang berdekatan dengan laluan MRT Kajang dan MRT Putrajaya. Mudah dan tak payah susah-susah cari lokasi parking kereta yang padat.

Baca juga: Senarai Masjid Yang Dekat Dengan MRT Laluan Kajang & Putrajaya, Jalan 10 Minit Je Sampai!

LOKASI BAZAR RAYA YANG DEKAT DENGAN LALUAN MRT, MUDAH!

bazar raya

Di sini, kami senaraikan bazar raya pilihan yang boleh anda kunjungi dengan MRT Laluan Kajang dan Putrajaya!

MRT LALUAN KAJANG

1.MRT MUTIARA DAMANSARA

-The Curve: Kiriman Raya (15 Mac- 14 April)
Keluar Pintu C

2.MRT SEMANTAN

-MITEC KL: Absolut Bazar x Festival Gaya Raya 2024 (29 Mac, 12 tenghari hingga 1 April, 6 pagi)
Keluar Pintu B, Naik bas T821 dan turun di MATRADE, kemudian jalan kaki ke MITEC.

-PUBLIKA SHOPPING GALLERY: Publika Raya ( 11 Mac-21 April)
Keluar Pintu B, naik bas T821 dan turun di Publika.

3.MRT MUZIUM NEGARA

-KL Sentral: Desa Seloka Hari Raya (15 Mac-10 April, 9 pagi-9 malam)
Keluar menghala ke KL Sentral.

4.MRT KAJANG

-Bangi Sentral: Keluar Pintu A, naik bas T462 dan turun di Kompleks PKNS Bangi, kemudian jalan kaki ke Bangi Sentral.

5.MRT PASAR SENI

-Central Market: Pasar Corak Hari Raya: (22-24 Mac, 10 pagi-10 malam)
:Jiwa Nak Raya (28-31 Mac, 10 pagi-10 malam)
:Last Minit Raya (5-7 April, 10 pagi-10 malam)
Keluar Pintu B

-REX KL: RexRaya 2024 (29-31 Mac, 2 petang- 12 tengah malam)
:Last Kopek Bazar Raya (5-7 April, 2 petang- 12 tengah malam)
Keluar Pintu B

-Jalan TAR: Bzar Aidilfitri@Jalan TAR (Sehingga malam Raya)
Tukar LRT Pasar Seni menghala ke Gombak, turun di LRT Masjid Jamek kemudian jalan kaki ke Jalan TAR.

MRT LALUAN PUTRAJAYA

1.MRT SUNGAI BESI, MRT Titiwangsa, MRT Chan Sow Lin

-WTC, Kuala Lumpur: StyloFest Mega Raya ( 28 Mc, 12 tengahari hingga 31 Mac, 5 pagi)

*MRT Titiwangsa: Tukar ke LRT Titiwangsa menghala Ampang/Putra Heights dan turun di LRT PWTC, jalan kaki ke WTC, KL.

*MRT Chan Sow Lin: Tukar ke LRT Chan Sow Lin menghala Sentul Timur dan turun di LRT PWTC, jalan kaki ke WTC, KL.

*MRT Sungai Besi: Tukar ke LRT Sungai Besi menghala Sentul Timur dan turun di LRT PWTC, jalan kaki ke WTC, KL.

2.MRT CONLAY

-Kompleks Kraf KL: Daramera Raya Market (23 Mac-24 Mac, 10 pagi-5 petang)
Keluar Pintu B

3.MRT PUTRAJAYA SENTRAL

-IOI Grand Hall, IOI City Mall Putrajaya: Raya Vibes Only (29-31 Mac, 10 pagi-10 malam)
Keluar Pintu B, naik bas T523 dan turun di IOI City Mall.

bazar raya

*Selamat membeli-belah!

Baca juga: Hukum Pakai Lipstik Semasa Puasa, Akan Terbatal Puasa Kalau Anda Buat Macam INI..

Sumber: X @MRTCorp

Foto: The Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×