Pemakaian bedak sejuk seringkali menjadi salah satu petua kecantikan orang zaman dahulu. Kalau kita perhatikan, nenek-nenek kita memang tak sah kalau tak pakai bedak sejuk terutamanya pada waktu malam sebagai salah satu langkah untuk mencantikkan kulit. Tapi, tahukah anda bahawa ada cara buat bedak sejuk secara homemade?
Menariknya apabila buat bedak sejuk secara homemade ini adalah anda boleh campurkan dengan bahan-bahan berkhasiat yang lain seperti kunyit. Jadi, jom kita cuba dan amalkan supaya kulit wajah pun akan cantik macam nenek kita pada zaman dahulu!
Baca juga: Pati Air Jamu Untuk ‘Ketatkan’ Dalaman & Awet Muda, Orang Tegur Nampak Macam 19 Tahun!
CARA BUAT BEDAK SEJUK HOMEMADE
Cuti-cuti ni jom buat bedak sejuk. Tapi bukan bedak sejuk yang gentel bulat-bulat comel tu. Tak rajin, bedak sejuk versi cara cepat dan mudah. Saya guna 3 bahan saja. Buat banyak siap-siap. Simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan luar takut berbau @ berkulat.
Bahan-bahan:
-Beras pulut
-Kunyit hidup
–Kulit kayu manis
Apa yang BEST bedak sejuk kunyit dan kulit kayu manis ni? Kecutkan jerawat, tegangkan kulit muka, hilangkan gatal-gatal resdung dekat muka.
Cara-cara:
1.Basuh beras pulut dan rendamkan semalaman atau sejam (ikut mana kita suka)
2.Buang kulit kunyit (agak-agak berapa ketul yang sesuai dengan beras pulut)
3.Blend kering beras pulut dan kunyit (JANGAN CAMPUR AIR)
4.Campurkan kulit kayu manis. Jangan terlalu banyak. Takut panas muka. Saya guna setengah sudu kecil. Kacau-kacau.
Kulit kayu manis ikut suka nak tumbuk atau pakai serbuk yang sedia jual di kedai.
5.Simpan dalam bekas. Tutup elok-elok dan simpan dalam peti ais. Baru tahan lama.
6.Nak pakai ambil sedikit baru campur dengan sedikit air.
7.Sebenarnya kita boleh pelbagaikan ikut kesesuaian kulit muka kita. Ada orang suka campur madu, asam jawa. Boleh juga buat masker dengan putih telur. Dan 3 bahan ni kita boleh olah buat scrub badan juga.
*Ok jom pakai bedak sejuk, tapi AWAS tengah pakai jangan tengok cerita lawak. Nanti habis merekah bedak sejuk di muka tu!
Baca juga: Muda Lagi Pun Rambut Dah Penuh Uban, Punca Nombor 8 Tu Ramai Selalu Buat Hari-Hari!
Sumber: Asmahani Adenan