Cantik

Kulit Pisang Jangan Dibuang Selepas Makan, Ada 7 ‘Keajaiban’ Anda Tak Sangka Boleh Dapat!

47
SHARES
kulit pisang

Buah pisang merupakan salah satu jenis buah yang mempunyai banyak khasiat. Malah, pisang juga disebut oleh Allah SWT dalam Surah Al-Waqiah menceritakan kelebihannya sebagai buah pilihan di alam syurga. Namun, khasiat pisang ini bukan sahaja terletak pada isinya sahaja, malah kulit pisang juga mempunyai kelebihan yang tidak disangka.

Berdasarkan perkongsian Puan Nurul Hidayati di laman Facebook, terdapat 7 kelebihan pada kulit pisang dari segi kecantikan, petua rawatan tradisional sehinggalah menjaga barang perhiasan. Menarik bukan?

Baca juga: Amal Minum Pati Lemon Ini Selama 100 Hari, Kulit Bebas Cela & Angin Dalam Badan ‘Lari’!

PETUA YANG BOLEH DAPAT DARI KULIT PISANG, TAK SANGKA!

kulit pisang

Biasanya lepas makan pisang, kulitnya mesti kita buang kan? Sebenarnya ada banyak manfaat dan kelebihan kulit pisang ni. Dari segi petua untuk cantik sampailah kepada tips penjagaan barang perhiasan.

1. JERAWAT DEGIL

– Gunakan kulit pisang bahagian dalam
Gosok kulit pisang pada kulit wajah
– Lakukan perlahan-lahan dengan cara yang lembut
– Selepas digosok rata, biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air. Untuk lebih berkesan, amalkan 2 kali sehari dan lihat perubahannya

2. HILANGKAN KULIT KEDUT

– Gunakan kulit pisang bahagian dalam
– Gosok kulit pisang pada kulit
– Biarkan selama 45 – 60 minit
– Kemudian cuci bersih
– Amalkan 2–3 kali seminggu untuk dapatkan kesan optimum

3. PUTIHKAN GIGI

– Gunakan kulit pisang bahagian dalam, gosok pada gigi dengan gerakan memutar selama 2 minit
– Amalkan rutin ini setiap hari, jadikan amalan selepas menggosok gigi. Hasilnya senyuman akan tampil lebih menawan dengan gigi yang putih

4. KULIT GATAL & RUAM

– Ambil kulit pisang dan gosokkan pada bahagian kulit yang gatal atau merah. Hasilnya, kulit akan kembali halus dan ia mampu mengurang dan menghilangkan rasa gatal juga

5. REDAKAN SAKIT KEPALA

Percaya atau tidak, kulit pisang boleh merawat sakit kepala ?

Cara 1 :
– Kisar kulit pisang
– Kemudian tempelkan pada dahi atau kepala. Biarkan antara 20–30 minit, atau sehingga sakit kepala reda dan hilang.

Cara 2 :
– Masukkan kulit pisang ke dalam freezer selama 1 jam
– Gosok lembut dan susun pada dahi dan belakang leher
– Biarkan hingga hilang sejuknya
– Ulang hingga sakit berkurangan dan hilang

6. UBATI LUKA

– Ambil kulit pisang pada bahagian dalam dan gosokkan berulang kali. Pastikan anda menggunakan kulit pisang yang masih segar.

7. PEMBERSIH BARANG PERHIASAN PERAK

-Kisar kulit pisang dan sedikit air. Jadikan pes
– Guna pes tadi dan gosok pada permukaan barang perhiasan perak selama beberapa minit. Hasilnya barang perak anda akan kembali berkilat dan berseri seperti baru

kulit pisang

*Semua petua ini mudah kan, nak amalkan. Yang paling penting, ia juga murah. Selamat mencuba!

Baca juga: Hilangkan ‘Kerak’ Kaki Dengan Buat Skrub Guna 4 Bahan Ini, Barulah Wajah Cantik Kaki Cantik!

Sumber: Nurul Hidayati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×