Menerusi perkongsian Jabatan Pertanian Malaysia, terdapat pelbagai jenis pisang di Malaysia yang mempunyai kegunaan berbeza mengikut keperluan, sama ada untuk dimakan segar mahupun dijadikan bahan dalam masakan tradisional.
Kepelbagaian varieti ini bukan sahaja mencerminkan kekayaan biodiversiti tempatan, malah memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan makanan harian masyarakat.
Baca juga: Peniaga Aiskrim Malaysia Kongsi Tip ‘Rare’ Elak Cepat Cair, Rupanya Letak Ais Dalam Kotak Itu Silap!
JENIS PISANG DI MALAYSIA & SETIAP KEGUNAANNYA

Freepik
Antara variati yang paling dikenali ialah:
1.Pisang Cavendish, yang sering dikaitkan dengan pasaran eksport kerana kualitinya yang konsisten, rupa yang menarik serta daya tahan yang lebih lama. Pisang ini biasanya dijual secara meluas di pasar raya dan menjadi pilihan ramai untuk dimakan segar.
2. Selain itu, pisang Mas juga tidak kurang popular kerana rasanya yang sangat manis dan saiznya yang kecil, menjadikannya sesuai dijadikan snek harian terutama bagi kanak-kanak.
3. Dalam kalangan masyarakat tempatan, pisang Berangan dan pisang Rastali sering menjadi pilihan utama. Kedua-dua varieti ini terkenal dengan rasa manis yang seimbang serta tekstur lembut, menjadikannya enak dimakan begitu sahaja. Malah, ia juga sering digunakan dalam penyediaan pencuci mulut ringkas.
4. Bagi kegunaan dalam masakan pula, terdapat beberapa jenis pisang yang lebih sesuai digunakan. Antaranya ialah pisang Lang yang bersaiz panjang, pisang Nipah yang bertekstur halus serta pisang Nangka yang lebih tahan disimpan.

Varieti ini sering digunakan untuk membuat pisang goreng, cekodok dan pelbagai kuih tradisional lain kerana teksturnya yang tidak mudah hancur apabila dimasak.
5. Selain itu, pisang Awak dan pisang Raja dikenali sebagai varieti serba guna kerana boleh dimakan segar atau dimasak mengikut kesesuaian hidangan. Keunikan ini menjadikannya antara pilihan praktikal dalam kalangan pengguna.
Secara keseluruhannya, tanaman pisang sangat mudah diusahakan sama ada di halaman rumah atau kebun kecil. Usaha menanam pisang bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan dapur, malah mampu meningkatkan bekalan makanan tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar.
Baca juga: Kek Hujan Panas ‘Legend’ Resipi Arwah Ibu Kembali Jadi Perhatian, Simple Tapi Penuh Kenangan
