Euforia Bola 2026
Famili

Pelajar Sekolah Agama Jatuh Dalam Perigi, Hampir Sejam Tenangkan Diri Dengan Berzikir

JATUH PERIGI

Seorang pelajar tingkatan lima melalui detik mencemaskan apabila dia jatuh perigi dan terperangkap hampir sejam selepas penutupnya tiba-tiba runtuh dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah.

Dalam insiden sekitar jam 8.30 pagi Ahad itu, remaja berusia 17 tahun, Wan Ahmad Mukhlis Wan Md. Fadhli, dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam kira-kira 5.5 meter.

Baca juga: Pagi ‘Power’, Malam ‘Romantik’? Waktu Main Peranan, Ini Perbezaan Hubungan Suami Isteri Pagi vs Malam!

PELAJAR SMKA JATUH PERIGI, BERZIKIR HAMPIR SEJAM

JATUH PERIGI

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Azmi Sulaiman, siasatan awal mendapati mangsa ketika itu sedang menunggu waktu peperiksaan yang dijadualkan bermula pada jam 11 pagi. Remaja tersebut dipercayai duduk di atas penutup perigi yang diperbuat daripada simen sambil berbual bersama rakan-rakan.

Namun, keadaan bertukar cemas apabila penutup tersebut tiba-tiba pecah, menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam perigi yang mempunyai air setinggi paras pinggang.

“Seorang tukang kebun cuba membantu dengan turun ke dalam perigi, namun usahanya tidak berjaya kerana mengalami kesukaran untuk bernafas,” jelas beliau.

Walaupun mengalami kecederaan, mangsa dilaporkan masih dalam keadaan sedar dan berusaha menenangkan diri dengan berzikir sepanjang tempoh berada di dalam perigi tersebut sementara menunggu bantuan tiba.

JATUH PERIGI

“Mangsa yang berada dalam keadaan sedar meskipun mengalami kecederaan pada kepala dikatakan berzikir sepanjang tempoh sejam berada di dalam perigi itu bagi menghilangkan rasa takut sementara menunggu ketibaan bomba,” tambahnya.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kemudiannya menggunakan peralatan seperti tali dan tangga bagi mengeluarkan mangsa dengan selamat.

Remaja berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Baca juga: Peniaga Aiskrim Malaysia Kongsi Tip ‘Rare’ Elak Cepat Cair, Rupanya Letak Ais Dalam Kotak Itu Silap!

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×