Cantik

10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!

1.1K
SHARES
cara jaga kulit muka

Tak sampai usia 40 tahun, tapi wajah dah nampak berkedut dan ada kesan penuaan? Ini adalah mimpi ngeri buat semua orang khususnya kaum wanita kerana akan kuranglah kecantikan yang diimpikan selama ini! Maka, cara jaga kulit muka yang betul perlu dipraktikkan supaya tidak mudah berkedut sebelum usia.

Terdapat 10 cara yang dikongsikan di bawah di mana anda boleh cuba sejak dari usia muda supaya boleh nampak kesan yang maksima. Rupanya ada bahan yang tidak disangka sangat bagus untuk kulit boleh digunakan dan tidak menelan belanja yang tinggi!

Baca juga: 8 Petua Hilangkan Resdung ‘Kronik’ Guna Bahan Semula Jadi, Cara Tradisional Paling Mujarab!

CARA JAGA KULIT MUKA SUPAYA TAK CEPAT BERKEDUT

cara jaga kulit muka

1.Guna batang pokok lidah buaya

Ramai yang tahu bahawa lidah buaya atau aloe vera merupakan salah satu bahan kecantikan yang sangat bagus untuk kulit. Jadi, boleh juga tanam pokok lidah buaya ini di rumah supaya mudah digunakan.

Caranya: Kerat sebatang daun lidah buaya, asingkan isi yang jernih dan kemudian disapukan ke bahagian muka sehingga menyeluruh. Biarkan ianya kering dalam 20 minit dan bilas muka dengan air suam. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan kesannya pasti tidak mengecewakan dan lakukan secara konsisten selama sebulan.

2.Putih telur ayam kampung

Tidak seperti telur ayam biasa, telur ayam kampung mempunyai nutrisi Vitamin E yang tinggi. Bukan sahaja murah, ia juga sangat bagus untuk kecantikan kulit.

Caranya: Asingkan putih telur dari kuning telur dan kemudian sapukan putih telur pda muka secara menyeluruh. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan pastikan ianya betul-betul kering. Bilas muka dengan air suam sehingga bersih. Sebaiknya gunakan masker putih telur ini selama sebulan dan rasainya kelainan pada kulit muka kita.

3.Makan ikan

Cuba tengok kulit orang Jepun, semua cantik cantik bukan? Hal ini kerana dalam menu seharian mereka, ikan sering dijadikan menu utama. Jenis ikan terutama ikan salmon yang kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang boleh membantu mengekalkan keanjalan kulit sekaligus mengelakkan kedutan pada kulit wajah.

4.Madu

Bukan sahaja bagus untuk rawatan dalam pelbagai jenis penyakit, madu yang mempunyai ciri pelembap dan anti-bakteria sangat bagus dalam penjagaan kulit.

Caranya: Sapukan madu di muka secara menyeluruh dengan beberapa lapisan. Biarkan selamat 15 hingga 20 minit, kemudian di bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan pasti teruja dengan hasil kulit yang menegang dan bersinar. Pastikan madu yang di ambil merupakan madu asli tanpa bahan campuran atau madu kelulut yang punya fungsi yang sama.

5.Guna beras

Beras merupakan antara bahan yang digunakan dalam petua kecantikan orang lama dan orang Thai. Banyak petua menggunakan beras sering dikongsikan ramai.

Caranya: ambil segengam beras, di basuh 1 kali dan kemudian di rendam buat semalaman supaya menjadi lebih lembut dan kembang. Kemudian toskan beras tersebut dengan penapis hingga kering dan kemudian di tumbuk sehingga benar-benar halus seakan tepung.

Ambil sedikit dan campurkan susu segar, digaul hingga sebati dan sapukan ke seluruh muka seakan memakai masker selama 15 hingga 20 minit. Bilas muka dengan air suam dan dapat kita rasa kelembutan pada kulit wajah. Disarankan menggunakan mastker beras ini 3 kali seminggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.

6.Banyak makan buah-buahan dan sayur

Tidak ketinggalan, jadikan memakan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, E dan C ini kebiasaan dalam menu harian kerana ianya mampu menghindarkan kulit dari menjadi kering. Malah akan membuatkan kulit kita sihat dan lembap!

7.Tukar minuman berasaskan kopi kepada koko

Buat peminat kopi semua, nampaknya anda kena kurangkan pengambilan kopi dan tukar kepada koko. Hal ini kerana, kandungan antioksidan dalam koko membantu pengaliran darah di dalam badan dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan air serta menjadikan kulit sentiasa lembap.

8.Minum banyak air kosong

Ini sudah semestinya! Pengambilan air yang secukupnya mampu membuatkan kulit kita lembab malah meminum 8 gelas air sehari atau lebih dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit kita. Barulah cukup air dalam badan!

9.Guna krim pelembap dengan betul

Penggunaan krim pelembap atau moisturizer yang mempunyai minimum SPF-30 dan ke atas bagi mengatasi masalah kulit kering adalah sangat penting kerana selain kekerapan kita berada di persekitaran berhawa dingin mahupun di bawah sinaran matahari akan membuatkan kulit kita mudah kekeringan. Jadi krim pelembap dengan vitamin C membantu melindungi serta mengekalkan kelembapan kulit wajah.

10.Pastikan guna sabun atau cecair mandian yang sesuai

Selain pelembap, pastikan sabun atau cecair mandian yang digunakan mengandungi pH seimbang dan sesuai keadaan kulit. Anda perlu elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat yang boleh mengeringkan kulit serta akan menyebabkan kulit gatal.

cara jaga kulit muka

*Apa apa pun, diingatkan bahawa proses penjagaan kulit ini perlu dimulakan sejak awal iaitu dari muda untuk kesan yang maksima. Tidaklah bila dah umur 40 tahun baru mula nak menjaga kulit ya!

Baca juga: Muka Cantik Tapi Bibir Hitam? DIY Scrub Bibir Guna 3 Bahan Dapur Ini & ‘Tonyoh’ Sampai Pink!

Sumber: Bidadari.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×