DIY & Kraf

Cara Tanam Pokok Pegaga Supaya Daun Subur & Lebar Macam Sayur Sawi!

16
SHARES
cara tanam pegaga

Pokok daun pegaga merupakan salah satu sumber semula jadi yang kaya dengan khasiat seperti Vitamin C, Vitamin A dan zat besi. Malah, pengambilan daun pegaga dijadikan ulam secara berkala boleh menjadi sebab anda kelihatan awet muda! Jadi, inilah masanya untuk anda ambil tahu cara tanam pegaga supaya boleh dimakan selalu.

Begitu juga dengan perkongsian di laman Facebook dari saudara Zaid Azizy Yaakob yang sudah mula menanam daun pegaga. Menariknya, daun pegaga yang ditanam menjadi subur dan besar daunnya seperti pokok sawi. Memang puas dimakan!

Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!

CARA TANAM PEGAGA SAMPAI DAUN JADI LEBAR MACAM SAWI!

cara tanam pegaga

Pegaga ini ikut tuan dia kot, tuan dia subur berlemak dan dia pun nak join sekali. Ini kalau colek dengan sambal tempoyak alangkah syahdu tanpa ku sedari habis seperiuk nasi. Lawan pula dengan ikan masin, lauk lain tak pandang dah!

Pokok pegaga ini asalnya memang kecil-kecil daunnya, beli di pasar seikat RM2. Memang sedap rangup dan tak pahit. Apa yang anda boleh buat supaya pegaga tumbuh subur dan besar daunnya adalah:

– Cara tanam cuma pilih pegaga yang dah ada akar dan cucuk ke dalam tanah dan siram

– Letak pokok pegaga ini di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik

– Rahsia daunnya jadi lebar macam sayur sawi cuma air siraman. Siram dengan air basuhan ikan yang kita siang. Setiap kali basuh ikan airnya simpan untuk siraman. Itu saja. Kalau air basuhan beras pun boleh.

INFO: Pegaga ini bukan jenis pegaga gajah kerana waktu beli di pasar memang daunnya kecil. Tapi lepas siram dengan air basuhan ikan, daunnya jadi gemuk dan lebar.

cara tanam pegaga

*Sedap dan puas bila dibuat ulam bukan? Jom tanam!

Baca juga: Cara Cuci Mesin Pengisar Yang Dah Kuning & Berkerak Guna Beras, Automatik Baharu!

Sumber: Zaid Azizy Yaakob

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×