Nur

Hukum Pakai Lipstik Semasa Puasa, Akan Terbatal Puasa Kalau Anda Buat Macam INI..

4
SHARES
hukum pakai lipstik

Sepanjang berpuasa pada waktu siang, banyak perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan anda kena ambil tahu supaya dapat menjaga puasa tersebut dari batal. Salah satu persoalan hukum yang sering ditanya dan menjadi kekeliruan ramai adalah hukum pakai lipstik semasa berpuasa buat kaum wanita.

Maklumlah, zaman sekarang sudah canggih sehingga lipstik pun mempunyai perisa seperti strawberi yang dikhuatir akan membuatkan puasa individu yang memakai lipstik tersebut batal. Bagi menjawab persoalan ini, berikut merupakan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan.

Baca juga: Senarai Masjid Yang Dekat Dengan MRT Laluan Kajang & Putrajaya, Jalan 10 Minit Je Sampai!

HUKUM PAKAI LIPSTIK SEMASA BERPUASA, SAH KE BATAL?

hukum pakai lipstik

Foto: Freepik

Berdasarkan persoalan yang diajukan, hukum penggunaan lipstik pada siang hari Ramadan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak menelan masuk ke dalam rongga. Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak membatalkan puasa.

Ini berdasarkan fatwa Ibn ‘Abbas R.Anhuma mengenai merasa makanan yang mana menyebutkan:

لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya: “Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki tekaknya dan dia sedang berpuasa”- Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya

Tatkala seseorang merasa makanan, sudah pasti ianya akan memberikan kesan rasa kepada yang merasanya (pada lidah) dan selagi mana dia tidak menelannya maka tidak batal puasanya. Begitu juga keadaannya bagi lipstick. Sekadar terdapat rasa sahaja, ianya belum membatalkan puasa melainkan dia menelannya, maka batallah puasanya.

Kebanyakan kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi’e juga menyebutkan mengenai isu merasa makanan ini, dan kebanyakannya mengatakan perbuatan itu makruh tidak membatalkan puasa kerana dibimbangi boleh tertelan dan membatalkan puasa. Ini boleh di lihat di dalam kitab Mughni al-Muhtaj (2/168) oleh al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah, kitab Nihayah al-Muhtaj (3/183) oleh al-Imam al-Ramli Rahimahullah dan ianya juga terdapat di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji.

Begitu juga telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah:

“Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ianya tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) maka ianya seperti al-Madhmadhoh (berkumur)”– [Lihat Majmu’ al-Fatawa, 25/266]

Walaupun anda berkumur, jika diperhatikan masih terdapat baki-baki air yang sedikit di dalam mulut dan jika tertelan bersamanya air liur maka ianya tidak membatalkan puasa kerana ianya amat payah untuk dielakkan. [Lihat Rad al-Muhtar, 2/98]

Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, telah sepakat para fuqaha’ akan keharusannya. Begitu juga penggunaan ubat gigi. Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat ‘rasa’ pada lidah namun jika tidak ditelan, ianya tidak membatalkan puasa

Kesimpulan, penggunaan gincu di siang hari bulan Ramadan tidak membatalkan puasa namun sekiranya ditelan (memasuki rongga) rasa yang terdapat pada gincu tersebut maka ianya membatalkan puasa.

Kami juga ingin tegaskan di sini bahawa memakai gincu untuk memperlihatkan pada yang lain dalam keadaan berlebih-lebihan (tabarruj) adalah amat tidak digalakkan di dalam Islam. Tetapi untuk suami, ianya dibenarkan sebagai berhias diri.

hukum pakai lipstik

Foto: Freepik

*Jangan dijilat dan telan pula lipstik tu ya!

Baca juga: Cara Ganti (Qada) Solat Fardhu Ikut Imam Solat Tarawih, Baru Tahu!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×