Nur

Ketahui Larangan Berpuasa Selepas 15 Syabaan Kecuali Untuk 4 Golongan Ini..

46
SHARES
hari haram puasa syaaban

Nampaknya kita baru sahaja selesai menunaikan dan memanjatkan doa sempena Malam Nisfu Syaaban yang merupakan salah satu malam mustajabnya doa. Setelah berlangsungnya malam 15 Syaaban ini, ramai yang tertanya-tanya adakah ada hari haram puasa Syaaban?

Penting untuk anda ketahui apakah hukum berpuasa selepas 15 Syaaban ini. Adakah semua orang tidak dibenarkan berpuasa atau ada golongan tertentu sahaja yang boleh berpuasa? Ini penjelasan lanjut.

Baca juga: 8 Amalan Yang Boleh Dilakukan Sempena Bulan Syaaban, Latih Diri Untuk Bertemu Ramadan!

APA HARI HARAM PUASA SYAABAN? HUKUM BERPUASA SELEPAS 15 SYAABAN?

hari haram puasa syaaban

Foto: CNN Indonesia

Umumnya sekarang kita telah memasuki bulan Syaaban. Satu bulan sebelum bertemu Ramadan. Berkata Abu Bakar al-Warraq al-Balkhi rahimahullah mengatakan: “Rejab adalah bulan untuk menanam. Syaaban pula bulan untuk menyiram tanaman, manakala Ramadan bulan untuk menuai tanaman.” (Lataif al-Maarif)

Antara kelebihan terbesar Bulan Syaaban yang disebutkan oleh Nabi SAW:

قَالَ : “ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ”.

Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. (HR Al-Nasa’ie)

Hadis ini diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid menunjukkan bahawa Nabi SAW lebih gemar amalannya diangkat ketika baginda SAW dalam keadaan berpuasa. Tambahan pula, bulan Syaaban adalah bulan yang sering manusia lalai disebabkan bulan ini terletak antara dua bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan dan juga salah satu daripada bulan Haram (Rejab). Telah berkata Ibn al-Qayyim ra:

“Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT: Amalan tahunan diangkat pada bulan Syaaban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis”. (Lihat: Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud, 12:313)

Selain itu, hadis ini juga menunjukkan bahawa kita digalakkan untuk beramal dan melakukan ketaatan pada waktu manusia sedang lalai. Ini kerana, perbuatan ini amat disukai dan dikasihi oleh Allah SWT. Maka dalam Hadis yang lain juga diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha,

كَانَ أَحَبُّ الشُّهُوْرِ إِلَيْهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَصُوْمَهُ شَعْبَانَ ثُمَّ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ

Maksudnya: “Bulan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW untuk melaksanakan ibadah puasa adalah Sya’ban, lalu baginda SAW melanjutkannya dengan Ramadhan.” (HR Abu Daud)

HIKMAH TIDAK DIBENARKAN PUASA KECUALI 4 GOLONGAN INI

hari haram puasa syaaban

Foto: Databoks

Antara hikmahnya ialah supaya umat Islam menyiapkan diri mereka sebelum menempuh bulan Ramadan. Di mana, pada bulan tersebut difardhukan bagi setiap orang Islam yang mukallaf untuk berpuasa sebulan penuh dalam bulan tersebut. Wallahu a’lam.

Menurut perkongsian dari Ustaz Kembar di laman Tiktok, terdapat hanya 4 golongan yang dibenarkan berpuasa :

1.Orang yang berpuasa pada 15 Syaaban, boleh berpuasa pada 16 Syaaban, dah berpuasa pada 16 Syaaban boleh berpuasa pada hari seterusnya.

2.Orang yang kebiasaannya berpuasa sunat setiap Isnin atau Khamis boleh berpuasa walaupun selepas 15 Syaaban, pada hari Isnin dan Khamis.

3.Orang yang belum habis qada puasa Ramadan tahun lepas, boleh qada puasa pada 15 hari akhir dalam bulan Syaaban.

4.Orang yang bernazar untuk berpuasa sunat, dia boleh berpuasa sunat nazar pada akhir 15 Syaaban.

Selain dari 4 golongan ini, anda tidak dibenarkan berpuasa selepas 15 Syaaban, jika berpuasa juga dikira BERDOSA.

Kesimpulan:

1. Sunat puasa dalam bulan Syaaban secara amnya.
2. Dibolehkan puasa sunat pada hari Nisfu Syaaban (15 Syaaban).
3. Dibolehkan puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang biasa puasa sunat sebelum itu.
4. Larangan puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang tidak biasa puasa sunat sebelum itu.
5. Dibolehkan puasa wajib seperti QADHA’, NAZAR dan seumpamanya pada 16 hingga 30 Syaaban.

@ustazkembar Hanya ini sahaja orang-orang yang dibolehkan berpuasa pada bulan Sya’ban, tengok video sampai habis #pusatdakwahhaffa #haffa #ustazkembar #syaban #nisfusyaban #dosa ♬ original sound – Haffa Studio

Baca juga: Ramai Keliru Apa Beza Air Mani & Air Mazi, Ustazah Asma’ Jelaskan Termasuk Hukum Mandi Wajib

Sumber: Ustazah Asma’ Harun, Tiktok @ustazkembar

Foto: Detik.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×