Nur

Doa Sambut Bulan Syaaban Dianjurkan Rasulullah SAW, Amalan Hati Bersih Menuju Ramadan Barakah!

3
SHARES
bulan syaaban

Nampaknya, seluruh umat Islam di dunia telah menyambut kedatangan bulan Syaaban, yang menandakan juga bahawa tidak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadan. Salah satu amalan yang boleh diperbanyakkan dalam bulan Syaaban adalah dengan berdoa.

Ramai juga yang keliru sama ada bulan Syaaban kali ini masuk pada tanggal 30 atau 31 Januari 2025. Sebenarnya, malam 1 Sya’ban 1446 Hijrah tidak berlangsung pada 31 Januari 2025, tetapi pada hari ini Khamis, 30 Januari 2025, ketika matahari terbenam atau masuk waktu Maghrib. Namun, dalam kalendar akan tertera 1 Syaaban 1446 adalah pada 31 Januari 2025.

Baca juga: 8 Amalan Yang Boleh Dilakukan Sempena Bulan Syaaban, Latih Diri Untuk Bertemu Ramadan!

DOA MERAIKAN MASUKNYA BULAN SYAABAN 2025/1446 HIJRAH

bulan syaaban

Foto: Freepik

Bulan Syaaban adalah bulan ke-8 dalam bulan Qamariah kalendar Hijrah atau Islam. Bulan ini terletak di tengah-tengah antara bulan Rejab dan Ramadan. Berkaitan dengan kemuliaan bulan Syaaban disampaikan dalam sebuah riwayat hadis seperti yang dijelaskan dalam buku ‘Siapa Berpuasa Dimudahkan Urusannya’ oleh Khalifa Zain Nasrullah, bahawa sebuah riwayat menyebutkan Usamah bin Zaid r.a. berkata kepada Rasulullah SAW bahawa:

“Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan seperti engkau berpuasa di bulan Sya’ban.

Rasulullah SAW kemudian menjawab:

“Bulan Syaaban adalah bulan yang sering dilupakan oleh manusia kerana ia terletak di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan diangkatnya amalan-amalan kepada Allah SWT. Aku suka ketika amalanku diangkat, aku sedang berpuasa.

Oleh itu, selain berpuasa sunat, umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan doa kepada Allah SWT sebagai tanda menyambut kedatangan bulan Syaaban seperti hari ini merupakan 1 Syaaban 1446H. Apakah doa yang boleh diamalkan bagi menyambut bulan mulia ini?

#DOA 1

bulan syaaban

Foto: TribunNews

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

“Allahumma baarik lanaa fii rajab wa sya’ban wa ballighna ramadhana.”

Ertinya: “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan.”

Selain doa Syaban yang diamalkan oleh Rasulullah SAW tadi, terdapat satu lagi versi bacaan doa lainnya yang turut dapat dilantunkan saat menyambung datangnya bulan Syaban.

#DOA 2

Foto: IG @DrMuhammadAbduhTuasikal

اللَّهمَّ أَدْخِلْهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالإِيْمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ وَجِوَارٍ مِنَ الشَّيْطَانِ وَرِضْوَانِ مِنَ الرَّحْمَنِ

“Allahumma ad-khilhu ‘alainaa bil amni wal iimaani was salaamati wal islaam, wa jiwaarim minasy-syaithooni, wa ridhwanim minar rohmaani”

“Ya Allah, masukkanlah kami pada bulan ini dengan rasa aman, keimanan, keselamatan, dan Islam, juga lindungilah kami dari gangguan syaitan, dan agar kami mendapat redha Allah (Ar-Rahman)” (HR. Al-Baghawi dalam Mu’jam Ash-Shahabah, sahih).

*Semoga amalan kita di bulan Syaaban kali ini membawa keberkatan berganda untuk masuk ke bulan Ramadan pula nanti. InsyaAllah…

Baca juga: Ketahui Larangan Berpuasa Selepas 15 Syabaan Kecuali Untuk 4 Golongan Ini..

Sumber: Freepik (Foto), Detik.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×