Nur

Resah Tengok Langit Gelap? Ini Amalan Doa Semasa Hujan Lebat Mohon Elak Bencana Banjir

17
SHARES
doa semasa hujan lebat

Sejak kebelakangan ini, fasa peralihan monsun menyebabkan cuaca dalam negara menjadi tidak menentu. Ada harinya panas terik dan ada hari yang mengalami hujan lebat sehingga banjir. Sudah pasti ramai yang hati menjadi resah apabila cuaca berubah gelap seperti bakal taufan. Jadi, ada amalan doa semasa hujan lebat yang boleh dibaca untuk mohon elak bencana.

Terdapat 5 pilihan doa yang boleh dibaca mengikut kepada situasi yang dialami supaya hati menjadi lebih tenang. Boleh dihafal atau simpan doa-doa ini di dalam telefon bimbit supaya mudah dibaca kelak.

Baca juga: Tatacara Solat Taubat Yang Betul, Langkah Penyucian Diri Untuk Kembali Kepada Allah SWT

AMALAN DOA SEMASA HUJAN LEBAT, MOHON ELAK BENCANA BANJIR

doa semasa hujan lebat

Foto: Kosmo

1.Doa ketika guruh dan petir

Subhaanalladzii yusabbihur ro’du bihamdihi wal malaaikatu min khiifatih

Ertinya: “Maha Suci Allah yang dengan memuji-Nya bertasbihlah halilintar dan para malaikat kerana takut kepada-Nya.”

2.Doa ketika hujan lebat

Allahumma haawalaina wa laa ‘alaina. Allahumma ‘alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari

Artinya:”Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pohon-pohon.”

3.Doa terhindar musibah bencana dan banjir

Allahumma inni a’udzu bika min zawali ni’matika, wa tahawwuli afiyatika, wa fuja’ati niqmatika, wa jami’i sakhathika

Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari lenyapnya nikmat-Mu, dari beralihnya keselamatan (yang merupakan anugerah)-Mu dari datangnya seksa-Mu (bencana) secara mendadak, dan dari semua kemurkaan-Mu.”

4.Doa ketika angin kuat

Alloohumma innii as-aluka khoirohaa wa khoiro maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bih. Wa-a’uudzubika min syarrihaa wa syarri maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bih

Ertinya: “Ya Allah, saya memohon kepada-Mu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada di dalamnya, dan kebaikan yang Engkau kirim bersamanya. Dan saya berlindung kepada-Mu dari kejahatan angin ini, kejahatan yang ada di dalamnya, dan kejahatan yang engkau kirim bersamanya.”

5.Doa ketika hujan reda

Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih

Ertinya: “Kita diberi hujan (dari langit) kerana kurniaan dan rahmat Allah.”

doa semasa hujan lebat

Foto: DenaiHati

*Semoga Allah SWT merahmati segala nikmat turunnya hujan kepada makhluknya. Salah satu waktu yang dikatakan mustajab untuk berdoa adalah ketika turunnya hujan dari langit..

Baca juga: Selit Amalan Doa Sebelum & Selepas Makan Ubat Ini, InsyaAllah Penyakit Cepat Sembuh!

Sumber: Popmama.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×