Nur

Bulan Rejab Dah Tiba! Ini Cara Berdoa Dari Ustaz Don & Amalan Sunat Untuk Gandakan Pahala

14
SHARES
doa masuk bulan rejab

Nampaknya antara salah satu tarikh atau bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam selain bulan Ramadan telah tiba iaitu bulan Rejab. Hal ini kerana, ini merupakan salah satu bulan yang disenaraikan sebagai waktu mustajabnya doa dan sudah pasti ada doa masuk bulan Rejab yang kita boleh lakukan.

Menurut perkongsian daripada laman rasmi Mufti WP, bulan Rejab tidak memiliki kelebihan yang khusus seperti amal ibadat tertentu selaras dengan hadith-hadith sahih. Meskipun begitu, ini tidak menjadi penghalang bagi seseorang untuk mengerjakan amal ibadah dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan yang dilaksanakan mempunyai kelebihan yang tertentu selain dari menjadi antara waktu mustajabnya doa seperti yang dinyatakan oleh Imam Syafi’e.

Baca juga: UAI Cakap Haram Tidur Peluk Teddy Bear, Tapi Mufti Cakap Lain? Baca Dulu Baru Faham..

DOA MASUK BULAN REJAB DAN AMALAN SUNAT

doa masuk bulan rejab

Selain membanyakkan berdoa, kita sebagai umat Islam juga sangat digalakkan untuk menghiasi bulan Rejab dengan ibadah seperti puasa, solat sunat dan berzikir. Kemuliaan bulan Rejab juga terletak pada peristiwa Israk Mikraj, satu mukjizat Nabi Muhammad SAW yang perlu kita hayati dan ambil iktibar daripadanya.

Ini juga sebagai latihan atau persediaan untuk menuju ke bulan Ramadan nanti. Tarikh 1 Rejab bagi tahun 1445H atau 2024 adalah pada 13 Januari 2024 (Sabtu) *bermula waktu Maghrib, 12 Januari (Jumaat). Jadi jom kita tengok bagaimana cara untuk berdoa seperti yang dikongsikan juga oleh Ustaz Don Daniyal.

1.Doa masuk bulan Rejab

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
[HR Baihaqi]

2.Cara untuk berdoa kepada Allah SWT

-Mulakan dengan membaca Al-Fatihah
-Kemudian, puji Allah seperti “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’e Wal Mursalin Saidina Muhammadin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in’
-Puji Rasulullah SAW
-Doa dekat mak ayah dulu, yang mana dah kahwin boleh sambung doa untuk isteri/suami dan anak-anak
-Akhir sekali baru masuk doa mengenai apa yang anda inginkan
-Tutup doa dengan baca selawat ke atas Nabi dan selawat yang paling disarankan adalah Selawat Ummi Yin:

“اَللَّــهُمَّ صَلِّ عَـلـٰى سَـيِّـدِنَـا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَـبِـيِّكَ وَرَسُوْلِكَ نَبِى الْأُمِّـى وَعَــلـٰى أَلِـهِ وَصَحْبِهِ وَسِلِّـمْ

Allohumma sholli ‘ala sayyidina muhammadin ‘abdika wa rosulika nabiyyil ummi wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallim.

“Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, hamba-Mu, nabi-Mu, dan utusan-Mu yang ummi (tidak boleh membaca dan menulis) serta limpahkan kepada keluarganya dan sahabatnya, juga limpahkan salam atas mereka”. [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)”

Bukan itu sahaja, malah pada bulan Rejab ini juga disarankan untuk kita berpuasa sunat bagi menggandakan pahala.Berikut merupakan jadual tarikh penting puasa sunat Rejab 2024:

-13 Januari 2024 (Sabtu) – 1 Rejab
-15 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
-18 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
-22 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
-25 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Khamis, Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh)
-26 Januari 2024 (Jumaat) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh
-27 Januari 2024 (Sabtu) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh

*Selamat beramal dan semoga kita bertemu Bulan Ramadan tahun ini. Aaamin..

Baca juga: 8 Waktu Terbaik & Afdal Untuk Bersedekah, Rebut Peluang Ini Cepat-Cepat!

Sumber: Instagram Ustaz DonDaniyal,

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×