Nur

Banyak Kelebihan Puasa Isnin & Khamis, Dapat ‘Ganjaran’ Berganda Saat Pahala Dihitung

20
SHARES
puasa isnin khamis

“Rajinnya awak puasa Isnin Khamis, apa kelebihannya?”

Seringkali kita melihat para ibu dan sesetengah rakan taulan yang sangat rajin untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis. Ternyata, berpuasa pada kedua hari ini begitu banyak manfaatnya yang ramai dalam kalangan kita tidak sedar. Ini juga merupakan amalan yang sangat disarankan untuk mendapat ganjaran besar!

Baca juga: Alamak, Doktor Minta Nak Check Dalam Baju? Boleh Ke Tunjuk Aurat? Mufti Jelaskan…

KELEBIHAN PUASA ISNIN KHAMIS, TERBUKANYA PINTU SYURGA UNTUK ANDA..

puasa isnin khamis

Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari Isnin. Baginda pun bersabda, “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan al-Qur’an kepadaku”- (Hadith Riwayat Muslim)

Ada banyak kelebihan melakukan amalan puasa pada hari Isnin dan Khamis, diantaranya adalah:

Menurut sumber, hari Isnin dan Khamis merupakan hari amalan manusia diperiksa dan ia adalah amalan sunnah Nabi Rasulullah SAW serta mengamalkannya pasti mendapat ganjaran yang besar.

1.Terbukanya pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis.

“Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis, maka akan diampunkan semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan apa-apa, kecuali seseorang yang diantaranya berlaku permusuhan. Lalu dikatakan “Tiadalah pengampunan terhadap kedua-duanya orang ini hingga mereka berdamai” (Hadis Riwayat Muslim)

“Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat” Sabda baginda Rasullah SAW lagi : “Perut besar itu adalah sarang penyakit & banyak makan itu adalah punca segala penyakit”.

2.Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia nikmat Allah yang tidak terhingga.

3.Mendidik nafsu amarah (yang lebih banyak mengajak kearah keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah ALLAH SWT.

4.Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka.

5.Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi.

6.Mendidik jiwa supaya bersifat sabar dalam menganggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.

7.Memperolehi kecergasan akal dan fikiran seperti disebut dalam satu riwayat maksudnya : “Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya dan teranglah hatinya“.

Buat anda yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, berikut merupakan niat puasa seperti di bawah;

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu Sauma Yaumal Itsnaini Sunnatan Lillahi Taa’ala

-Sahaja saya berniat puasa hari Isnin, sunnah kerana Allah ta’ala.

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu Sauma Yaumal khomiisi Sunnatan Lillahi Taa’ala

-Sahaja saya berniat puasa hari Khamis, sunnah kerana Allah ta’ala.

*Bukan itu sahaja, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menjelaskan bahawa tidak ada dalil mahupun syarat yang menyatakan bahawa seseorang yang ingin berpuasa pada hari Isnin, mesti juga berpuasa pada hari Khamis. Sebaliknya sah puasa sunatnya jika dilakukan hanya pada Isnin sahaja mahupun hari Khamis sahaja, dan dia memperoleh pahala sunat tersebut.

puasa isnin khamis

Baca juga: Cara Sujud Sahwi Yang Betul, Kalau Tidak Sengaja Terlupa Rukun Solat Boleh Buat

Sumber: Maktabahalbakri, MyWilayah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×