Nur

Buat Kaum Lelaki, Kalau Nak Pilih Bakal Isteri Pastikan Bukan 6 Jenis Perempuan Ini

24
SHARES
prosedur nikah

Mempersiapkan prosedur nikah dari A-Z bukanlah perkara yang mudah. Bukan sahaja memikirkan bajet perkahwinan yang semakin meninggi, buat kaum lelaki, pemilihan wanita untuk dijadikan isteri ini perlu dilakukan dengan teliti. Mana tidaknya, ada yang terlalu ‘mabuk’ dengan rupa sampai terlupa kriteria sebagai seorang wanita Muslim yang perlu dititikberatkan.

Hal ini kerana, Imam Ghazali pernah menasihatkan kaum lelaki untuk memilih dan tidak menikahi wanita yang tergolong dalam enam kategori di bawah ini. Adakah anda mempunyai pasangan dalam kategori ini atau adakah anda seorang wanita yang mempunyai sifat ini?

Baca juga: 15 Kesalahan Bakal Pengantin Perempuan SELALU BUAT, Tak Naik Seri Ketika Majlis!

PROSEDUR NIKAH BUKAN ‘SIMPLE’, IMAM GHAZALI NASIHAT JANGAN NIKAH 6 PEREMPUAN INI

prosedur nikah

Imam Ghazali pernah menasihatkan kaum lelaki agar tidak menikahi ENAM jenis perempuan ini:

1.Al Ananah

2.Al Mananah

3.Al Hananah

4.Al Hadaqah

5.Al Baraqah

6.Asy Syadaqah

#1 AL ANANAH — Suka Mengeluh

Paling suka mengeluh dan mengadu masalah yang dihadapi kepada sesiapa sahaja secara berlebihan termasuk kisah rumah tangga, hubungan menantu-mertua dan dan masalah kelamin suami-isteri.

#2 AL MANANAH — Suka Mengungkit

Paling suka mengungkit-ungkit kebaikan atau jasa yang telah mereka lakukan termasuk wang perbelanjaan isi rumah lebih-lebih lagi apabila si suami berkelulusan dan berpendapatan lebih rendah berbanding si isteri.

#3 AL HANANAH — Suka Membuat Perbandingan

Paling suka membandingkan kehebatan bekas teman lelaki, bekas suami dengan suami sekarang, sama ada dari segi penampilan, kewangan dan aksi ranjang.

#4 AL HADAQAH — Suka Berbelanja Boros

Paling suka memaksa si suami membelikannya itu dan ini tanpa mengambil kira perbelanjaan rumah tangga dan anak-anak yang perlu diutamakan.

#5 AL BARAQAH — Suka Berhias & Bersolek Berlebihan

Paling suka bersolek dan berdandan untuk dijadikan tontonan lelaki lain selain si suami kerana teruja mendapat pujian dari lelaki yang ingin mengenalinya.

#6 ASY SYADAQAH — Suka Berpotpet, Bersensasi & Mencetuskan Kontroversi

Paling suka mencetuskan kontroversi, kononnya biar lebih viral agar bisnes semakin dikenali, sedangkan tanpa disedari dia sendiri telah mencemar dan melacurkan maruah diri.

*Wahai lelaki, pilihlah ibu yang berakhlak untuk anak-anakmu. Janganlah sekadar memilih rupa sahaja bukan?

Baca juga: Terbongkar Suamiku ‘Selera Sama Jantina’, Hukum Perkahwinan Masih Kekal Atau Perlu Cerai?

Sumber: Twitter Mimi Asmara, Baitul Muslim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×