Suami Isteri

Hak Isteri Pertama Tetap Nombor Satu, Isteri Kedua Kena Tahu..

28
SHARES
syarat poligami

Baru-baru ini isu berkaitan poligami menjadi hangat kembali apabila seorang individu dikenali sebagai Abang Tesla memuat naik video berkaitan poligami yang dilakukannya. Isu ini menjadi perbualan hangat apabila ramai yang mengatakan bahawa dia sebenarnya sudah curang dan tidak mengikut syarat poligami yang disarankan dalam Islam.

Kata orang semuanya kerana nafsu semata-mata kerana si isteri telah menutup aib dalam tempoh yang lama. Ramai dalam kalangan para isteri yang bantah pandangan ini dan berharap isteri kedua perlu menghormati isteri pertama sepanjang perkahwinan. Apa yang mereka boleh buat?

Baca juga: Amal 5 Doa Indah Ini Iring Suami Setiap Kali Ke Tempat Kerja, InsyaAllah Selamat Sampai..

SYARAT POLIGAMI BAHAGIA, ISTERI KEDUA KENA HORMAT ISTERI PERTAMA!

syarat poligami

1.Kena faham giliran bermalam

Menjadi antara isu utama dalam hubungan berpoligami ini adalah giliran untuk suami bermalam. Maklumlah, setiap malam kena berbantalkan lengan suami jadi mesti ada pihak yang merungut bukan? Jadi, sebagai isteri kedua amatlah penting untuk anda sentiasa menghormati giliran isteri pertama kerana ada juga dalam kalangan isteri kedua yang asyik pentingkan giliran dia sahaja.

Takkanlah tak biasa tidur seorang sebelum jadi yang kedua kan?

2.Jangan ungkit-mengungkit

Inilah yang menjadi punca pertelingkahan antara isteri pertama, suami dan isteri kedua atau seterusnya. Hampir setiap hubungan poligami tidak akan sah kalau tidak ada isu berbangkit dari isteri kepada suami. Janganlah anda sebagai isteri kedua asyik ungkit kisah-kisah suami bersama isteri pertama apabila momen tersebut anda masih belum wujud di antara mereka.

3.Hak orang pertama kekal pertama sampai bila-bila

Pernah ada temu bual bersama pelakon popular Zarina Zainuddin yang sudah 27 tahun bermadu, beliau pernah mengatakan bahawa hak isteri pertama akan kekal sampai bila-bila dan tidak akan sama dengan isteri kedua. Jadi, ini menjadi tangunggjawab buat isteri kedua untuk tidak mempersoalkan hal isteri pertama.

Kena ingat bahawa sayang untuk isteri pertama masih di ‘carta’ utama! Tak salah kalau ada isteri pertama urusan kecemasan berkaitan anak-anak, anda beralah dengan giliran yang sepatutnya.

4.Jangan 24 jam kawal suami untuk diri sendiri

Bila dah jangan persoal hal isteri pertama, ini juga termasuk jangan sesekali asyik kawal suami 24 jam. Walaupun suami tengah berada dalam giliran bersama isteri pertama, jangalah ketika itu juga isteri kedua asyik ‘Whatsapp’ dan mesej suami tanya ‘Tengah buat apa? Ada dekat mana?”. Ini masa suami berada dengan isteri pertama dan bukannya dengan anda!

5.Jaga hubungan dengan isteri pertama

Seperti hubungan poligami selebriti terkenal, Ashraff Muslim, yang harmoni dan tidak menimbulkan isu viral, anda pun boleh mendapatkan hubungan sebegitu. Tak salah kalau memulakan bicara dengan isteri pertama supaya mereka lembut hati dan dapat menerima hakikat bahawa mereka ada ‘madu’.

Ada juga yang menjadi teman ‘shopping’ walaupun masing-masing berada dalam hubungan poligami. Adab untuk berkomunikasi mesti kena ada.

TAK SALAH ISTERI LARANG SUAMI BERPOLIGAMI…

syarat poligami

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan juga, tidak berdosa hukum ke atas seorang isteri untuk melarang suaminya untuk berpoligami apabila terdapat keperluan untuk membantahnya. Adapun jika melarang dengan menjustifikasikan dengan perkara-perkara yang disyariatkan maka adalah dibenarkan dan dianjurkan dan merupakan sisat isteri yang terpuji!

Apabila hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi makruh, sunat dan haram, maka tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

*Jadi, buat para suami ketahuilah bahawa kalau anda memilih untuk ada isteri kedua pastikan semuanya tidak berlandaskan nafsu semata-mata kerana jatuh sebagai hukum haram. Ingatlah siapa yang berada semasa susah-senangmu supaya tidak dibutakan dengan cinta semata-mata..

Baca juga: Abang Kakak Pilih Yang Mana, Duda Atau Janda? Bukan Suka-Suka Saja Tapi Ada Adabnya!

Sumber: AWANI, Mufti WP 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×