Suami Isteri

Abang Kakak Pilih Yang Mana, Duda Atau Janda? Bukan Suka-Suka Saja Tapi Ada Adabnya!

3
SHARES
prosedur nikah janda

“Ingatkan prosedur nikah janda atau duda ni mudah je, rupanya banyak pula adab dan tanggungjawab nak kena hadap..”

Ini mungkin antara apa yang difikirkan oleh anda yang sedang merancang ataupun sudah berkahwin dengan pasangan berstatus ‘duda’ dan ‘janda’. Disangkakan lebih mudah kerana mereka sudah pernah berkahwin, rupanya banyak tanggungjawab dan adab yang anda kena patuhi.

Baca juga: Ada Ramai Peminat Tapi Bukan Senang-Senang Je Janda Boleh Kahwin Tanpa Wali, Ini Hukumnya

PROSEDUR NIKAH JANDA DAN DUDA, ADA ADABNYA..

prosedur nikah janda

Foto: Kumparan.com

Jangan stres-stres kerana semuanya akan baik-baik sahaja jika anda tahu apa yang anda kena lakukan.

1. Jangan ungkit kisah silam

Inilah merupakan salah satu punca kenapa setiap pasangan berhadapan dengan krisis penceraian atau pergaduhan. Salah satu adab apabila anda bernikah dengan pasangan yang merupakan seorang janda atau duda, jangan ungkit kisah silam mereka bersama pasangan dahulu. Biarkan ia kekal menjadi kenangan silam dan cipta kenangan baharu bersama mereka.

2. Jangan abaikan kebajikan

Bila bercakap soal berkahwin dengan duda atau janda, pasti tidak terlepas juga dengan kebajikan masa lalu yang mereka perlu tanggung terutama sekali kaum lelaki. Mungkin masih ada tanggungan seperti anak, hasil dari perkahwinan yang lepas. Walaupun sudah berkahwin baharu, tanggungjawab tersebut tidak boleh dilepaskan.

3. Jalinkan komunikasi yang bagus

Mungkin ramai yang akan bercakap apabila anda memutuskan untuk berkahwin dengan duda atau janda. Jadi, untuk menjadi seorang yang beradab dan menjaga hubungan dengan orang ramai, inilah masanya untuk anda mempelajari teknik komunikasi yang bagus dengan orang sekeliling. Bila ada komunikasi yang bagus dengan orang terdekat pasangan anda, mereka pun tidak akan bercakap belakang lagi.

4. Dapatkan restu dari keluarga

Sudah semestinya, restu keluarga merupakan perkara paling dalam meneruskan pernikahan. Bila bernikah dengan seseorang yang berstatus janda atau duda, mungkin ada keluarga yang menyokong dan tidak menyokong, jadi ini amat penting supaya keluarga yang anda bina sentiasa harmoni.

5. Menerima anak dari bekas pasangan

Ini merupakan kaitan dengan tanggungjawab menjaga kebajikan bersama pasangan hubungan yang lalu. Ada juga yang tidak dapat menerima anak yang merupakan hasil dari hubungan pasangan sebelum ini dan sering mengungkit. Jadi, perlu diingatkan, adab yang betul sebelum bernikah dengan pasangan berstatus janda atau duda, terimalah dengan seluas hati anak mereka juga.

ISLAM TAK PERNAH PANDANG HINA GOLONGAN JANDA..

prosedur nikah janda

Foto: Sinaran Wanita

Ketahuilah bahawa dalam Islam itu sendiri, golongan janda ini tidak pernah dipandang sinis, namun ada yang bertanya, antara janda atau anak dara yang mana satu sepatutnya dijadikan pilihan. Ini jawapan dari Mufti Perlis.

1. Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan Rasulullah SAW,  isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.

2. Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara. Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan:

عَلَيْكُمْ بِالْأَبْكَارِ، فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا، وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا، وَأَرْضَى بِالْيَسِيرِ

“Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”. (al-Albani menilai sebagai hasan dalam al-Silsilah al-Sahihah)

Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak.

Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra. Hadis ini mengkhabarkan hakikat yang sebenar.

*Jadi, sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang berstatus duda atau janda, ingatlah bahawa banyak adab dan tanggungjawab anda kena lakukan..

Baca juga: 10 Kesalahan Bakal Pengantin Lelaki Selalu Buat, Nombor 6 Tu Haram Ya!

Sumber: Orami.co, Mufti Perlis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×