Suami Isteri

Ada 7 RAHSIA Isteri Yang Suami Jarang Tahu, Rupanya Dibuat Untuk Bermanja-Manja…

23
SHARES
suami isteri bahagia

Menjalani kehidupan rumah tangga sudah semestinya perlu menempuhi pelbagai dugaan dan bukan hanya indah semata-mata. Jadi, untuk pasangan suami isteri bahagia, rupa-rupanya ada rahsia yang disimpan bagi menjaga air muka pasangan sendiri terutamanya rahsia dari isteri.

Untuk pengetahuan para suami, banyak sebenarnya rahsia yang disimpan oleh isteri bagi menjaga air muka anda. Perkara-perkara ini juga dilakukan supaya jadi salah satu teknik untuk isteri bermanja dengan suami juga! Rahsia apakah itu?

Baca juga: Patutlah Suami Suka Bau Ketiak Isteri, Rupanya Boleh Datangkan Mood ‘Ketenangan’…

TIPS SUAMI ISTERI BAHAGIA, RUPANYA ADA RAHSIA YANG DISIMPAN!

suami isteri bahagia

1. Beritahu harga barang kurang dari nilai sebenar

Kadang-kadang ada barang perempuan yang suami fikir murah tapi sebenarnya agak mahal jika mahu yang berkualiti, sebab itu isteri lebih memilih untuk merahsiakan harga sebenar untuk elak suami marah.

2. Seks sentiasa difikiran namun kerana letih, isteri lebih memilih untuk tidur

Para isteri juga sebenarnya ingin bersama suami, tapi disebabkan komitmen kerja rumah dan bekerja lagi membuatkan isteri lebih memilih untuk berehat atau tidur.

3. Boleh berdikari namun lemah di hadapan suami

Sebenarnya wanita boleh berdikari sendiri tetapi jika ada suami, dia lebih memlih untuk mendapatkan bantuan suami. Seorang wanita boleh hidup tanpa suami tapi suami belum tentu boleh hidup tanpa seorang isteri.

4. Tidak mahu dibandingkan seperti ibu mertua

Siapa suka jika dibandingkan dengan individu lain bukan? Apatah lagi jika isteri dibandingkan dengan ibu mertua.. Seorang isteri dibesarkan di keluarga yang lain jadi mana mungkin sama perihalnya dengan keluarga sang suami.

5. Suami cemburu tanda sayang

Suami mungkin merasa serabut jika isteri merasa cemburu, tapi isteri suka jika suami cemburu kerana dia tahu cemburu itu merupakan tanda sayang.

6. Banyak berkongsi dengan sahabat

Para isteri banyak meluah pada sahabat baiknya kerana perempuan lebih memahami perempuan.

7. Sangat menghargai semua bantuan suami

Seorang isteri yang mempunyai banyak kerja rumah yang perlu disiapkan akan merasa sangat tersentuh dan terharu jika suami membantu mereka. Mereka akan lebih menghargai dan menyayangi suami.

suami isteri bahagia

*Betul atau tidak rahsia ini wahai para isteri? Untuk suami pula, bila dah tahu rahsia ini janganlah tidak dilayan dan ambil kesempatan pula ya!

Baca juga: Air Mani Suami Boleh Bantu Hilangkan Kemurungan Isteri, Tak Sangka Betul Ya!

Sumber: Twitter @Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×