Suami Isteri

Sanggup Dilabel ‘Takut Bini’, Sebenarnya Suami Hanya Tunjuk Tanda Hormat Kepada Isteri..

265
SHARES
suami takut isteri

“Engkau ni memang jenis suami takut isteri eh? Semua benda nak dapat persetujuan dari isteri dulu, lambat!”

‘SUAMI TAKUT BINI’ adalah gelaran yang sering dilabel oleh rakan-rakan terdekat apabila si suami sering bertanyakan pendapat atau kebenaran isteri terlebih dahulu dalam semua perkara. Dikatakan takut kepada isteri, namun ramai yang masih tak tahu bahawa tindakan suami ini sebenarnya adalah lebih kepada menghormati.

Baca juga: Suami Je Kerja, Isteri Suri Rumah Cukup Sara Keluarga? Jangan Persoal, Lain Orang Lain Cara..

DILABEL SUAMI TAKUT ISTERI, INI SEBENARNYA TANDA HORMAT

suami takut isteri

Seperti perkongsian saudara Firdaus Shakirin, dia sendiri mengakui bahawa ramai dalam kalangan para suami yang ‘takut’ berdepan dengan isteri kerana risau akan menjadi masalah yang lebih besar.

Kita orang lelaki ni, kita “takut” sangat nak berdepan dengan isteri sendiri… Kita takut dengan apa yang bakal keluar dari mulut isteri kita, sebab tu kita tak boleh berdepan dengan dia untuk menyelesaikan masalah…

Tak kisahlah masalah apapun, kecik ke besar, kalau ianya berpunca daripada kita, maka pendekatan kita adalah dengan menyalahkan dia balik dan melarikan diri dari mengadap isteri…

Tanpa anda sedari, lebih banyak suami menyimpan rahsia dan tidak mahu berbincang, semakin besar masalah tersebut akan berlaku sekiranya isteri mengetahui dengan sendiri. Apa kata anda ambil masa untuk berbincang dari hati ke hati dengan pasangan tentang apa yang terbuku di hati.

Banyak masalah dalam rumahtangga boleh selesai dengan perbincangan mata ke mata, hati ke hati…Kena ada persetujuan bersama, dan perjanjian bahawa kita akan perbaiki lagi diri kita ke arah yang lebih baik…

Tapi kita tak berani pun utk buat perbincangan hatta dengan isteri sendiri…dari tempoh sehari dua, sehinggalah bertahun-tahun tetap tak selesai masalah tu…Isteri kita hanya nak yang terbaik untuk rumahtangga dia dan hubungan dia…dia nak sesuatu yang dibina tu kekal lama…

Jangan “takut” dengan isteri sendiri, jangan “lari” dari kebenaran akan apa yang kita dah lakukan…mengaku, minta maaf, sedar apa salah silap kita. Itu lebih baik dari menyembunyikan kesalahan daripada pengetahuan dia sebab nanti bila dia tahu, dia susah dah nak terima dengan redhanya…

Kesimpulannya, janganlah takut dengan isteri ya. Banyak lagi masalah yang perlu difikirkan dan antaranya adalah menjaga anak-anak. Kalau kawan-kawan ada mengusik bahawa anda ‘takut bini’, cakap sahaja ‘bukan takut tapi sayang..’

Baca juga: Wahai Suami..Kalau Nampak Isteri ‘Jerit’ Kerana Stres, Bantulah Dan Jangan Biarkan..

Sumber: Firdaus Shakirin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×