Suami Isteri

70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Kahwin Lelaki Gaji Bawah RM5k, Rela Bujang..

3
SHARES
gaji rendah

“Lelaki ni gaji rendah, bawah RM5000? Tak nak lah aku kahwin dengan dia..”

Pemilihan kriteria bakal suami amatlah penting dalam kalangan wanita dan ini bukanlah hanya rupa semata-mata. Dalam zaman yang penuh pancaroba dan berteknologi tinggi ini, gaji pekerjaan lelaki sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk dipilih oleh wanita idaman. Ada yang mengatakan bahawa wanita cenderung untuk memilih lelaki yang mempunyai pendapatan tinggi dan dilabel ‘mata duitan’.

Bukan mata duitan, hal ini kerana berdasarkan kos perbelanjaan yang tinggi menjadikan kriteria ini menjadi keutamaan. Kalau gaji lelaki tak sampai RM5000 sebagai tahap minimun, katanya mudah untuk ‘direject’ oleh wanita.

Baca juga:7 Pekerjaan Gaji Paling ‘Masyuk’ Dan ‘Laku Keras’ Di Malaysia, Kalau Layak Boleh Cuba…

LELAKI GAJI RENDAH DARI RM5000 TIDAK MENJADI PILIHAN 70% WANITA MALAYSIA

gaji rendah

Satu kaji selidik yang dilakukan Sweet Ring, laman sesawang mencari jodoh, baru-baru ini mendedahkan, kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan.

Memetik laporan China Press, laman sesawang cari jodoh itu mengumpulkan maklumat daripada 500 responden rakyat Malaysia dan keputusannya 70 peratus wanita inginkan pasangan mereka bergaji sekurang-kurangnya RM5000 dan ke atas sebulan barulah mereka setuju untuk berkahwin. Rata-rata wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu turut mendedahkan, jika gaji minimum tidak menepati syarat tersebut, mereka sanggup membujang daripada berkahwin.

Bukan itu sahaja, menerusi laman Twitter milik @Hasnom07, dia berkongsikan cara untuk kaum lelaki khususnya menyusun atur kewangan supaya dapat menampung perbelanjaan walaupun bergaji kurang RM5000. Antara persediaan sebelum dan selepas berkahwin yang anda perlu lakukan adalah:

1. Emergency CASH, at least sebulan income.

2.Ada SAVING Dana Kecemasan, at least 3 Bulan income.

3. Ambil medical card & life insurance/Hibah.

4. Simpanan PENDIDIKAN anak-anak

Saving tersebut bukan ditentukan oleh berapa banyak income kita. Saving berkaitan dengan TABIAT. Pernah tak kita buat saving awal bulan, akhir bulan korek balik? Sebab TABIAT kita dah set, kalau overspend bulan ni, masih boleh korek duit saving. Akhirnya saving kita tak pernah cukup.

gaji rendah

*Jadi, buat anda yang bergaji RM5000 ke bawah, sila buat pilihan mencari wanita yang bukan di dalam Malaysia jika ingin anak berdarah kacukan. Apa-apa pun, carilah pasangan yang sekufu dan menerima kelebihan dan kekurangan diri kita. Jadikan peratusan ini sebagai semangat untuk kita lebih berusaha dalam pencarian rezeki..

Sumber: Twitter @hasnom07

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×