Suami Isteri

Letihnya Bergaduh Dengan Pasangan Setiap Hari, Guna 5 Cara Ini Untuk STOP Gaduh!

48
SHARES
cara pujuk pasangan

“Penatlah..asyik bergaduh je hari hari tapi cara pujuk pasangan tak pernah nak ambil tahu!”

Menjadi lumrah dalam perkahwinan khususnya yang baru sahaja ingin mengenali hati budi pasangan, pergaduhan akan berlaku sama ada besar atau kecil. Ada yang mengatakan bahawa pergaduhan antara pasangan suami isteri ini menjadi penanda aras persefahaman dalam rumah tangga. Namun, sampai bila nak bergaduh dan bertekak mengenai semua perkara bukan?

Jadi, mungkin anda boleh cuba lima cara yang dikongsikan ini supaya dapat mengurangkan atau STOP terus bergaduh mengenai hal remeh dengan pasangan. Letih alahai bergaduh hari-hari kan?

Baca juga: Semua Buat Sendiri! Patutlah Isteri 2X Ganda Penat Layan Kerenah Suami Dari Anak-Anak

CARA PUJUK PASANGAN SUPAYA STOP BERGADUH

cara pujuk pasangan

Berdasarkan Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, ertinya:

“Tidak halal seorang Muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama Muslim) lebih dari tiga hari, barang siapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal maka ia masuk neraka” (HR: Abu Dawud 5/215, Shahihul Jami’: 7635)

1.JANGAN ASYIK NAK BETUL JE

“Orang perempuan je betul, semua lelaki salah..”

Ini adalah tabiat yang sukar untuk dihentikan, tetapi anda harus mencuba sekurang-kurangnya sekali apabila sering bertengkar. Hal ini kerana kebanyakan pergaduhan adalah tentang membuktikan kepada pasangan kita bahawa mereka salah, tidak wajar atau tidak munasabah kerana tidak melakukan apa yang kita mahu mereka lakukan. Daripada bergaduh tentang perkara ini, mengapa tidak cuba bertanya apa yang anda mahu kerana ia penting supaya pergaduhan dihentikan.

2.JANGAN TERLAMPAU IKUT PERASAAN

Ini merupakan cabaran tidak kira bagi kaum lelaki atau perempuan. Apabila anda merasakan emosi yang kuat muncul, terutamanya perasaan marah, cari ruang sendiri untuk memikirkan sesuatu sebagai ‘gangguan’. Kemarahan biasanya timbul apabila kita mempunyai keperluan yang tidak dipenuhi, tidak merasa didengari, diambil serius, diterima, atau faham. Apabila anda bersama dengan pasangan, fokus kepada perkara yang anda perlukan sahaja supaya tidak bergaduh.

3.SESI LUAHAN PERASAAN

Momen yang paling bahaya pabila anda berada di tengah-tengah pertengkaran adalah anda mungkin jatuh ke dalam perangkap dengan menyalahkan pasangan anda untuk segala-galanya. Daripada menumpukan pada perkara yang anda fikir mereka telah lakukan salah, tumpukan pada emosi anda. Jadi, ambil masa penting ini untuk menyampaikan perasaan anda daripada menuduh pasangan anda. Duduk dan berbincang sesama sendiri.

4.FIKIR DAHULU SEBELUM BERCAKAP

Kata-kata anda tidak semestinya perlu pedas dan pedih untuk didengari untuk melukakan hati pasangan. Jadi, tarik nafas dahulu untuk memberi anda peluang untuk memikirkan perkataan yang sedap untuk didengari oleh pasangan ketika berbincang. Ini penting supaya soalan seperti ‘Awak tahu tak awak ada buat salah..” dapat mengundang pergaduhan antara suami isteri.

5.INGAT KEMBALI KISAH ZAMAN BERCINTA

Jika anda marah, anda mungkin terlupa betapa bermaknanya pasangan anda seperti yang sering diungkapkan ketika di zaman percintaan. Ingatlah kembali momen indah ketika mula mengenali pasangan dan isu-isu yang telah dibincangkan pada zaman dahulu. Mungkin ini akan mengurangkan rasa ingin bergaduh tanpa henti dan tidak tahu sebarang punca.

cara pujuk pasangan

*Ketahuilah setiap pergaduhan yang tercetus adalah sangat memenatkan. Sudah pulang dari kerja, perlu mengambil masa yang lama lagi untuk menyelesaikan pergaduhan, makin berkerut wajah dibuatnya! Mungkin ada yang mengatakan bahawa pergaduhan merupakan cara untuk meningkatkan kasih sayang tetapi kalau buruk untuk hubungan, eloklah dijauhkan amalan bertekak ini ya…

Sumber: Brides.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×