Suami Isteri

#MasamMasamManis: Suami Isteri Jangan Cepat Melatah Bila Gaduh, Pastikan Pujuk Dalam Masa 10 Minit!

99
SHARES
pujuk pasangan

Nampaknya peraduan bertemakan alam rumah tangga anjuran Sirap Limau pada minggu pertama dan minggu kedua mendapat sambutan yang cukup  memberangsangkan! Kali ini Sirap Limau menyingkap kisah pemenang minggu kedua dengan tema Gelora Perkahwinan di mana ada ‘terselit’ mengenai cara pujuk pasangan.

Biasalah, bila dah ada gelora mesti kena tahu cara untuk meredakan gelora ini bukan?

Baca juga: Perkahwinan Kedua Bertemu Di Aplikasi Jodoh ‘Buka Mata’ & Lebih Manis, Elak Cari Kesempurnaan

JANGAN BIARKAN GELORA PERKAHWINAN MELERET, KENA TAHU PUJUK PASANGAN

pujuk pasangan

Wanita yang dikenali dengan nama Wani Jamiros ini telah berkahwin selama 9 tahun iaitu sejak 2016 lagi. Detik perkenalan bermula sewaktu belajar bersama di Matrikulasi Perak sekitar tahun 2009.

Persahabatan yang bermula hanya teman sekelas, kian menjadi rapat. Namun hubungan terhenti semasa masing-masing masuk ke alam universiti yang berlainan. Di mana beliau menyambung pengajian ke Universiti Putra Malaysia dan sementara suaminya pula di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011-2014.

Benarlah kata orang jodoh tidak akan ke mana apabila suaminya berhubung semula setelah 5 tahun menghilangkan diri tanpa khabar berita di kala masing-masing sibuk dalam bidang pekerjaan pada tahun 2015.

Tidak mengambil masa yang panjang, Oktober 2015 pasangan ini bertunang dalam majlis serba ringkas dan seterusnya mengikat tali pernikahan pada Januari 2016.

Sudah semestinya momen-momen manis itu ada dalam perkahwinan di peringkat awal. Namun apabila ditanya mengenai fasa gelora dalam perkahwinan, beliau menjawab pernah juga melalui situasi tersebut.

Atas sebab itu, Puan Wani sangat kreatif sewaktu menghantar penyertaan Masam Masam Manis di fasa kedua dengan caption menarik malah ia kena dengan tema Gelora Perkahwinan itu sendiri.

JANGAN LEBIH 10 MINIT!

pujuk pasangan

Foto ketika majlis perkahwinan tahun 2016.

Menurutnya, gelora yang paling perit apabila ada satu ketika di mana suami sering pulang lewat dari pejabat kerana banyak urusan yang perlu disiapkan.  Tapi dia di rumah terus membebel dan ‘burn out’ dengan anak-anak yang seharian hanya bersamanya.

Tapi, mujurlah suaminya tidak cepat melatah atau membalas kemarahan tetapi pandai membeli jiwanya dan anak-anak dengan bawa bercuti. Selain, bijak membahagikan masa di tempat kerja dengan teratur agar tidak lagi pulang lewat.

Oleh itu, Puan Wani juga titipkan beberapa nasihat supaya tidak mudah beremosi terutamanya dalam kalangan isteri setiap kali berlaku perselisihan faham dengan suami.  Pertama, ingatlah di mana kita bermula dengan mengenang memori manis semasa berkenalan dahulu.

Kedua adalah, cepat-cepatlah pujuk pasangan selepas gaduh dan jangan lebih 10 minit. Kerana dalam tempoh 10 minit itulah pasangan yang panas lebih mudah sejuk berbanding pasangan yang dibiarkan tidur dalam hati kesedihan dan kemarahan.

*Terima kasih diucapkan kepada Puan Wani kerana meluangkan masa untuk menyertai peraduan Masam Masam Manis dari Sirap Limau dan tahniah kerana begitu kreatif jawapannya!

“Cara saya atasi Masam Masam Manis dalam rumah tangga adalah dengan:

S- Sabar dalam menyelesaikan masalah..
I – Indahnya saling mempercayai satu sama lain…
R- Rajin memasak untuk suami…
A- Anggap masalah yang datang sebagai ujian mengukuhkan hubungan…
P- Pandang pasangan dengan penuh kasih sayang…
L- Lemah lembut dalam memujuk pasangan..
I – Indahnya jika masing-masing menurunkan ego dalam rumahtangga…
M- Mengambil langkah bijak dengan tidak mengaibkan pasangan kepada orang lain..
A- Anggap pasangan sebagai insan yang paling penting dalam hidup kita…
U- Ubah sikap ke arah lebih positif dalam menyelesaikan masalah rumah tangga..”

Baca juga: Apa Itu ‘Sleep Divorce’? Ini Maksud & Hukum Berpisah Tidur Dengan Pasangan, Tak Jadi Masalah Kalau…

Sumber: Masam Masam Manis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×