Suami Isteri

Perkahwinan Kedua Bertemu Di Aplikasi Jodoh ‘Buka Mata’ & Lebih Manis, Elak Cari Kesempurnaan

2
SHARES
perkahwinan kali kedua

Kali ini dalam kempen Masam Masam Manis, TillJannah.my dan Sirap Limau memaparkan pula kisah mengenai pasangan duda dan bujang yang memberi inspirasi kepada orang ramai. Encik Aziz dan Puan Zuraidah menggunakan platform TillJannah dalam pencarian jodoh dan sehingga sekarang perkahwinan kali kedua ini kekal bersama isteri dan seorang cahaya mata.

Mari kita singkap kisah romantis ini malah diselitkan juga nasihat buat orang ramai.

Baca juga: Apa Itu ‘Sleep Divorce’? Ini Maksud & Hukum Berpisah Tidur Dengan Pasangan, Tak Jadi Masalah Kalau…

PERKAHWINAN KALI KEDUA MANIS BELAKA, BERTEMU DI PLATFORM TILLJANNAH

perkahwinan kali kedua

Kisahnya bermula apabila Encik Aziz yang berasal dari Bagan Datuk, Perak ini pernah berkahwin sebelum ini pada Mei 2011 namun perkahwinannya hanya bertahan selama 5 tahun 1 bulan sahaja. Perkahwinan pertama itu juga berakhir seminggu sebelum sambutan Aidilfitri 2016. Walaupun pernah patah hati, Encik Aziz diperkenalkan oleh rakan yang juga mendapat jodoh melalui portal cari jodoh yang lain dan tertarik dengan portal TillJannah.

Memasang harapan dan niat untuk berjumpa dengan jodoh untuk menjadi pelengkap hidup, penceraian lepas menjadikan dirinya lebih peka dan teliti dalam membuat pilihan. Encik Aziz berkongsi, sepanjang proses perkenalan, dia telah memberi salam kepada lebih 50 orang ahli dan menerima salam dari 40 orang yang lain. Malah, perjumpaan dengan dua orang calon secara face to face juga dilakukan namun atas faktor kurang persefahaman, hubungan tidak dapat diteruskan.

Akhirnya, hasil pencarian membuahkan hasil apabila berjumpa dengan calon yang menjadi isterinya sekarang iaitu Puan Zuraidah yang berasal dari Kelantan apabila mereka mula berjumpa pada Disember 2016. Apa yang menarik perhatian adalah, walaupun status kewangannya masih tidak stabil namun si isteri sangat memahami dan mereka adakan majlis yang sederhana namun menggembirakan kedua belah keluarga.

Perkahwinan berlangsung dalam jangka masa yang cepat sekali iaitu pada tahun 2017 apabila lengkap bersama majlis resepsi secara sederhana.

KOMUNIKASI DALAM RUMAH TANGGA PALING PENTING

perkahwinan kali kedua

Bila ditanya semula mengenai tips perkahwinan kerana pernah bergelar duda sebelum ini, Encik Aziz mengatakan bahawa  komunikasi menjadi perkara yang sangat penting dalam rumah tangga. Berbeza dengan perkahwinan lepas, hubungannya bersama Puan Zuraidah lebih banyak bercakap dan bertukar cerita untuk sama-sama memahami peribadi/kerja/ minat dan sebagainya. Mereka juga saling menyokong minat dan bekerjasama dalam hal rumahtangga malah isterinya juga sangat pandai memasak!

Kesimpulannya, Encik Aziz mengucapkan terima kasih atas platform TillJannah kerana memberi peluang kedua kepadanya untuk hidup berkeluarga dengan lebih baik. Malah dia turut menyelit nasihat buat sesiapa saja yang mencari pasangan di luar sana agar belajar untuk memahami pasangan, elakkan mencari kesempurnaan tapi lebihkan untuk saling melengkapi.

*Semoga berbahagia sehingga ke Jannah. Jangan lupa juga untuk layari siraplimau.com/masammasammanis untuk baca banyak lagi kisah menarik!

Baca juga: 7 Nasihat Pernikahan Dari Ustaz Abdul Somad, Lahirkan Rumah Tangga Penuh Masam Masam Manis!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×