Sihir pemisah merupakan salah satu jenis sihir yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, tidak ramai tahu bahawa ada beberapa tanda yang agak aneh boleh berlaku kepada pasangan yang menunjukkan bahawa anda sudah ‘terkena’!
Mungkin tanda yang diketahui ramai adalah suami atau isteri tidak mempunyai keinginan untuk bersama namun bagaimana pula kalau keinginan itu ada tetapi proses ketika ‘bersama’ itu tidak normal? Bagaimanakah itu?
Baca juga: Ustaz Hanafiah ‘Bocorkan’ 4 TANDA JELAS Pasangan Terkena Sihir Pemisah, Seram!
SUAMI NAK BERSAMA CARI ‘LUBANG’ TAK JUMPA, RUPANYA TERKENA SIHIR PEMISAH!
Terbaharu, ada satu perkongsian video di laman Tik Tok yang mendapat tontonan lebih dari 700,000 memaparkan seorang individu yang merupakan perawat perubatan Islam menceritakan masalah pesakitnya. Dia menyatakan pesakitnya itu mengalami masalah apabila setiap kali nak ‘bersama’ dengan isteri, si suami tidak dapat menjumpai lubang faraj pada isteri seperti normal.
Kenyataan mengenai penyakit dalam perubatan Islam ini sangat mengejutkan kerana ramai yang tidak cakna. Lebih menyeramkan adalah, pesakit itu memberitahu bahawa jika dia menggunakan jari untuk mencari lubang faraj, kewujudan lubang itu ada pula! Ini adalah sangat aneh kerana kadang-kadang, dia juga mempunyai keinginan untuk bersama dan ada juga masanya berada sangat ‘moody’.
Menurut Muhammad Rushdun yang merupakan perawat perubatan Islam, apabila disemak badan pesakit tersebut, memang benarlah mereka sudah terkena sihir pemisah. Tujuan sihir pemisah ini adalah supaya pasangan tersebut juga tidak berjaya mempunyai zuriat.
Antara tanda lain yang boleh disemak adalah sama ada suami atau isteri akan selalu bermimpi pasangan curang, rasa macam tidur dengan orang lain yang bukan pasangan kita dan keinginan untuk bersama itu tiada. Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang seram dan pernah mempunyai tanda-tanda yang disenaraikan.
“Benda ini normal sebenarnya, memang terjadi dekat kawan saya. Alhamdulillah dia dah berubat, dah dapat anak lepas bertahun-tahun tak dapat anak..”- netizen.
“Saya balik rumah suami mesti mimpi suami ada perempuan lain. Setiap malam mimpi yang sama saya”- netizen.
“Kalau bagi yang tidur sekali tapi rasa panas? Tak boleh rapat, sedap tidur asing baru lena.. apa tanda?”- netizen.
Beberapa komen dari netizen ini memerlukan rawatan selanjutnya seperti yang dicadangkan oleh perawat supaya tidak meleret. Semoga kita dijauhkan dari sihir-sihir begini dan hidup aman damai. Dapatkan rawatan kalau ada tanda-tanda seperti di atas ya!
@muhammadrushdunkamil Nak bersama tapi tak jumpa lubang #fyp #doa #usaha #rawatanislam #ruqyah #sihir #suami #isteri ♬ original sound – Muhammad Rushdun Kamil
Baca juga: 5 Tanda Seseorang Itu Mengamalkan Ilmu Sihir, AWAS..Mungkin Orangnya Sebelah Anda!
Sumber: Tiktok @muhammadrushdunkamil